Penyanyi, komposer lagu dan penulis lirik, Amir Jahari, kini kembali dengan album terbarunya yang dinanti-nantikan, “Kembali”. Hasil perjalanannya selama 13 tahun dalam industri seni muzik Malaysia, album ini meneroka pelbagai genre dengan sentuhan pop-rock-folk dengan pengaruh Nusantara, yang turut mengangkat tema kemanusiaan serta kerohanian.
Album “Kembali” memuatkan sejumlah 15 lagu, iaitu 12 lagu baru serta tiga lagu rakaman semula, iaitu Hasrat yang menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-27 dengan susunan yang diolah khas untuk malam bersejarah itu. “Sampai Ke Bulan” pula ditulis oleh Amir Jahari sepenuhnya untuk album 2013 Faizul Sany, serta single pertamanya “Tanpamu” yang diberi nafas baru bersama penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak iaitu Nana Sheme.
Album ini juga mendapat sentuhan magis beberapa orang produser serta pemuzik tanah air termasuk AG Coco (Hujan).
“Kembali akan menjadi satu titik permulaan yang baru untuk Amir dan pasukan untuk melangkah lebih ke hadapan di dalam industri muzik,” kata Amir.
View this post on Instagram
TRACKLIST KEMBALI (2024)
1. Hasrat 2024 (Versi AJL38)
2. Kenangan
3. Belasungkawa
4. Aku Rindu
5. Ingin Pulang
6. S.K.B
7. Yang Satu
8. Percayalah Padaku
9. Dongak
10. Baginda
11. Cin-Ta
12. Terima Kasih
13. Aku Jalan Dulu
14. Hasrat 2023 (Versi Original)
15. Tanpamu Re-Imagine (feat. Nana Sheme)
“Kembali” merupakan album yang telah dipendam lama tentang hidup untuk memberi dan kembali kepada asal usul”. Single terbaru, “Kenangan” telah pun dikeluarkan pada 31 Mei 2024 di semua platform penstriman manakala muzik video rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi.