Pentas paling berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38) yang diadakan secara langsung di Dewan Axiata Arena, Bukit Jalil sudah pun melabuhkan tirainya pada malam Ahad.
Pada edisi kali ini, lagu ‘Hasrat’ yang merupakan ciptaan sepenuhnya penyanyi Amir Jahari dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang trofi kemenangan serta wang tunai berjumlah RM100,000.
Video Amir dikritik tular semula
@syafiqahalmaghribi Teruk Amir Jahari dikecam dulu , sebelum bangkit jadi juara AJL 38 , TAHNIAH @Amir Jahari #amirjahari #hasrat #imaginur #ajl38 #juaraajl38 #juaraajl #anugerahjuaralagu #anugerahjuaralagu38 #fyp #viral ? Hasrat (OST Imaginur) – Amir Jahari
Terbaharu, tular satu video memaparkan pemilik nama Mohamad Amirullah Jahari yang menerima kritikan agak pedas daripada barisan juri sewaktu dirinya menyertai sebuah program realiti terbitan stesen televisyen swasta pada tahun 2011.
Menerusi video tersebut, juri profesional iaitu Fauziah Ahmad Daud dan Datuk Hattan menyatakan terdapat banyak kekurangan serta kelemahan dalam nyanyian yang disampaikan oleh Amir pada ketika itu.
Menurut Fauziah atau lebih mesra disapa Kak Ogy, kualiti nyanyian Amir begitu lemah dan seakan hilang arah sepanjang bertanding.
Daripada konsert minggu pertama awak tak tahu apa nak buat, minggu kedua dan ketiga juga begitu.
Pada saya nyanyian awak lemah, lemah dan lemah. Awak tak ada apa nak ‘offer’ pada kami dan pada saya awak adalah salah seorang calon yang akan digugurkan.
Begitu juga dengan Datuk Norman Abdul Halim yang merasakan tiada pujian yang boleh diberikan kepada Amir kerana tiada elemen yang dapat menggembirakan hatinya sebagai seorang juri.
Sementara itu, Hattan pula berpendapat bahawa pelantun lagu ‘Tanpamu’ bakal menyinar satu hari nanti meskipun tidak mempunyai kelebihan serta rezeki di dalam pertandingan tersebut.
Pendapat ikhlas dari saya ialah saya rasa awak tak ada ‘jiwa’ untuk berada di sini.
Meskipun pertandingan ini bukan tempat bagi awak tetapi kita ada cara lain untuk kembangkan bakat dan karier kita, sebab rezeki itu ada di mana-mana.
Saya suka sangat dengan nada suara awak, memang sedap. Kalau awak kekalkan cara ‘busking’ awak ini hingga ke luar negara saya jamin awak akan kekal lebih lama daripada peserta lain dalam pertandingan ini.
Video yang dimuat naik pengguna bernama @syafiqahalmaghribi itu menjadi tular dan meraih perhatian wargamaya di media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Amir yang tetap bersemangat untuk meneruskan kariernya dalam bidang nyanyian meskipun menerima komen yang pedas satu ketika dahulu.