Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), Amir Jahari, 32 meluahkan rasa syukur kerana dinobat sebagai juara, semalam.
Tak pernah ada nombor pun
Menerusi temu bual bersama , Amir mengakui, dia kerap menyertai pertandingan nyanyian tetapi belum berpeluang untuk mengecap kedudukan sebagai juara.
Bila menang ini, ada satu perasaan yang sangat pelik. Saya rasa sangat gembira dan terkejut sebab saya tak pernah sangka akan jadi juara.
Banyak kali saya sertai pertandingan, tapi tak pernah ada nombor pun. Paling tinggi (tempat) pun, ketika saya serta pertandingan bersama AG Coco dan dapat tempat kedua.
Disoal mengenai sudah membaca ramalan atau tidak di Twitter, pelantun suara ‘Hasrat’ ini dengan selamba menjawab dia tidak membaca mengenai ramalan orang ramai, sebaliknya hanya mendengar makluman daripada kenalannya.
Mengenai ramalan orang di media sosial, saya tak baca Twitter sebelum saya naik ke pentas. Tapi, ada orang yang maklumkan kepada saya.
Bagaimanapun, saya tak mahu percaya sebab saya tak pernah jadi juara. Saya tak mahu berharap sebab apa pun, di penghujung hari, saya tetap diri saya dan biar muzik saya yang ‘bercakap’ sendiri.
Semalam, lagu Hasrat berjaya menewaskan 11 lagu lain yang turut bertanding. Menerusi kemenangan itu, Amir membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai RM100,000 dan trofi.