Penyanyi, Amir Jahari mencuri perhatian apabila menitipkan pesan buat wargamaya menerusi ciapan di aplikasi X.
‘Henti mengidolakan saya’
Kepada mereka yang meng”idolakan” saya,
Stop.
Jangan idolakan dan mengagungkan manusia membuta tuli.
Idolakanlah yang selayaknya.
Rasulullah S.A.W.
— Amir Jahari (@amirjaharimuzik) June 17, 2024
Menerusi ciapan tersebut, pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-38 ini berpesan agar orang ramai untuk berhenti mengidolakan dirinya atau pun mana-mana selebriti secara membuta tuli.
Ciapan itu dibuat dipercayai susulan isu panas melibatkan pertikaian peminat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Sitizoners bersama segelintir warganet yang lain.
Kepada mereka yang mengidolakan saya, hentikan.
Jangan idola dan mengagungkan manusia membuta tuli.
Dalam pada itu, Amir sempat berpesan, sebagai seorang Muslim seseorang itu sepatutnya menjadikan junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai idola dalam kehidupan.
Idolakanlah yang selayaknya iaitu Rasulullah S.A.W.
Walau bagaimanapun, ciapan yang dibuat Amir itu telah menyebabkan dirinya teruk menerima kecaman daripada netizen.
Terdahulu, Siti Nurhaliza menerima kritikan orang ramai apabila dirinya terlibat dalam satu acara bersama penggubah lagu antarabangsa iaitu David Foster yang terkenal sebagai seorang yang menyokong Zionis Israel.