Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAmir Masdi Sedang Berdepan Masalah Peribadi & Bikin Peminat Risau? – ‘Sebenarnya...

    Amir Masdi Sedang Berdepan Masalah Peribadi & Bikin Peminat Risau? – ‘Sebenarnya Saya Dalam Fasa..’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Berikutan ciapan di platform X yang mengundang rasa kebimbangan oleh peminat, penyanyi Amir Masdi menafikan dakwaan dia sedang berdepan masalah peribadi.

    Petikan lagu dari album

    Ketika ditemui Amir atau nama lengkapnya Amir Syazwan Masdi menjelaskan bahawa ciapan tersebut adalah salah satu ideanya untuk mempromosikan album baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

    Menurutnya, ciapan itu adalah sebahagian daripada petikan bait-bait lirik lagu di dalam album tersebut.

    Sebenarnya, saya sedang dalam fasa dalam mempromosikan album yang akan dilancarkan pada Oktober nanti.

    Jadi di X adalah salah satu cara untuk saya kongsikan tentang petikan-petikan lagu dan mesej dari album. Jadi ianya adalah teaser.

    Dalam pada itu, penyanyi berusia 28 tahun tersebut tidak menyangka sama sekali para peminatnya akan memberi perhatian dan risau akan dirinya.

    Saya tak sangka peminat akan beri perhatian seperti itu. Boleh dikatakan ianya gimik yang secara tidak langsung.

    Saya rasa kali ini saya mendapat perhatian yang lebih, jadi saya rasa peminat akan memahami cara saya itu adalah untuk mempromosikan lagu.

    Amir berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Hausboom Music Festival 2024 yang berlangsung di Bangsar South, Kuala Lumpur.

    Bercerita lanjut tentang album, Amir berkata lagu-lagu yang dihasilkan adalah berdasarkan pengalaman yang dilaluinya.

    Album ini tuurut mengandungi dua lagu inggeris dan terdiri daripada 12 buah lagu. Album ini ditulis sepenuhnya oleh saya dan Edry Abdul Halim.

    Lagu-lagu yang ada di dalam album ini adalah tentang cinta, berfikir di luar kotak dan mengenai individu yang mengambil kesempatan terhadap saya. Ada juga lagu-lagu yang membawa mesej positif.

    Ketika proses menulis lagu, Edry bertanya tentang penglaman perit yang tidak dapat saya lupakan. Jadi itu adalah pengalaman peribadi.

    Kawan-kawan yang kita percaya kadang kala yang memanipulasi dan ditikam belakang, jadi saya ambil daripada pengalaman itu.

    Terdahulu, Amir menerusi platform X telah mengundang perhatian peminatnya, malah mereka mendakwa dia sedang berdepan dengan masalah peribadi.

    ALSO READ:  Agy Gembira Strategi Guna Ahli Keluarga Untuk Undi Dapat Hasil – ‘Itu Idea Pak Long Saya’

    Untuk info, Hausboom Music Festival pada tahun ini akan diadakan di KL Base yang membariskan artis tempatan dan Indonesia.

    Nama-nama yang bakal mewarnai pentas Hausboom Music Festival 2024 adalah lagenda seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Zainal Abidin, kumpulan Wings, Bunkface, Masdo, Joe Flizzow, ACAB, Yaph, Airliftz dan ramai lagi barisan artis-artis tersohor.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts