Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, January 12, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAmira Othman Mohon Maaf Gimik MV ‘Bila Nak Kahwin’, Mengaku Tumpang Populariti...

    Amira Othman Mohon Maaf Gimik MV ‘Bila Nak Kahwin’, Mengaku Tumpang Populariti Fattah Amin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Amira OthmanAmira Othman

    Penyanyi Amira Othman memohon maaf sekiranya ada pihak kurang senang dengan gimik dilakukan untuk muzik video lagu terbaharunya, ‘Bila Nak Kahwin’ yang menampilkan aktor sensasi, Fattah Amin.

    Mohon maaf

    Amira OthmanAmira Othman

    Amira atau nama lengkap Nadia Amira Othman, 32, berharap gimik yang dilakukan tidak mengecewakan hati peminat meskipun sebelum ini ada yang menyangka dia dan duda hot kesayangan ramai itu benar-benar bercinta.

    Saya sedar apabila orang di luar sana ada yang suka dan ada yang tidak dengan gimik dilakukan untuk lagu ‘Bila Nak Kahwin’ yang melibatkan Fattah Amin.

    Saya harap gimik ini tidak melukakan hati peminat saya, sebab sebagai seorang seni saya hanya berkarya dan cuba sesuatu baharu. Saya tanggung segala risiko, terima segala kritikan.

    Saya minta maaf jika ada yang kurang senang dengan gimik dilakukan, ini hanya sebahagian daripada tujuan kerja sahaja.

    Amira berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis pelantikannya sebagai duta tudung jenama Varisha dan pelancaran lagu ‘Bila Nak Kahwin’ yang berlangsung di Central I-City Mall, Shah Alam pada Sabtu.

    Kerjasama dengan Fattah

    Fattah AminFattah Amin

    Mengakui gembira dapat bekerjasama dengan Fattah, Amira memberitahu dia sudah pun bersedia dengan sebarang risiko apabila membuat keputusan untuk melakukan gimik berkenaan.

    Sebelum buat keputusan pilih Fattah, ada beberapa nama yang dicadangkan. Tetapi selepas fikir impak dan fenomena yang dibawa Fattah ketika ini, jadi label muzik setuju.

    Sebelum saya buat gimik, sudah fikir tentang impak dan risikonya. Kalau saya tidak ambil risiko sebegitu, mungkin saya akan berada di tampuk yang sama, tidak keluar dari zon selesa.

    Dalam pada itu, bekas peserta Akademi Fantasia 2013 ini tidak menafikan dia telah menumpang populariti yang dimiliki pemilik nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin.

    Siapa pun yang bekerjasama dengan Fattah ketika ini pasti menumpang populariti yang dia ada. Saya berterima kasih kepada Fattah dan pihak pengurusan dia kerana sudi bekerjasama.

    Saya anggap ini juga rezeki dapat bekerjasama dengan Fattah untuk projek lagu ‘Bila Nak Kahwin’. Saya harap gimik ini tidak keterlaluan.

    Sekadar info, lagu ‘Bila Nak Kahwin’ merupakan terbitan Sony Music Malaysia dengan kerjasama kreatif bersama Emiera Othman Ventures.

    ALSO READ:  [VIDEO] Syatilla Melvin Kongsi Reaksi Teruja Anak-Anak Tengok Kaabah Pertama Kali – ‘Selalu Tengok Dalam TV Saja’

    Lagu itu dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari manakala video muziknya mula ditayangkan sehari kemudian. Lagu bergenre pop ini adalah hasil ciptaan Iqie Hugh dan Omar K bersama Amira sendiri.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts