Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAmmar Titan Tak Kisah Dilabel ‘Try Hard’ Untuk Dapatkan ‘Job’ – ‘Saya...

    Ammar Titan Tak Kisah Dilabel ‘Try Hard’ Untuk Dapatkan ‘Job’ – ‘Saya Tak Kacau Orang & Itu Periuk Nasi Saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan pelawak, Ammar Titan akui tidak kisah sekiranya dirinya dilabel ‘try hard’ demi mendapatkan peluang beraksi dalam industri seni tanah air.

    ‘Saya tak kacau orang dan itu periuk nasi saya’

    Ketika ditemu bual , Ammar atau nama sebenarnya Azizul Ammar bin Abu Hassan memberitahu setiap manusia berhak mempunyai tanggapan masing-masing.

    Menjelaskan perkara itu, Ammar berkata, dia berbuat demikian kerana yakin bahawa bakatnya boleh menyumbangkan sesuatu dalam industri hiburan.

    Sekurang-kurangnya saya cuba daripada tak try langsung dan biar diri terkubur begitu.

    Bagi saya, saya try hard sebab saya tahu saya boleh bagi sesuatu pada industri seni ini. Tak kisah dari segi lakonan, mengacara atau komedi. Sebab tak ramai orang orang jadi ‘king of one’ tapi dia nak jadi ‘jade of all trdes’ tu susah.

    Ujar Ammar, 37, sepanjang bergelar anak seni, dia telah menceburkan diri dalam bidang termasuk lakonan, pengacaraan, komedi dan sebagainya.

    Bukan nak kata saya hebat tapi lakonan, mengacara, komedi saya okay. Permainan pentas semua saya dah cuba. Jadi sekarang saya nak cuba projek yang baharu.

    Sementara itu, Ammar akui tindakannya itu langsung tidak menganggu karier mahupun rezeki pelakon lain sebaliknya dia berbuat demikian kerana mahu mengembangkan lagi bakat yang ada.

    Saya tak kacau orang dan itu periuk nasi saya. Saya tak ganggu periuk nasi orang. Kebanyakan daripada penerbit, pengarah mungkin terlepas pandang saya. Tapi kita tak boleh nak kawal permintaan stesen televisyen. 

    Setiap masa saya fikir macam mana nak bersaing dengan tenaga muda. Apa yang boleh membezakan saya dengan mereka. Mungkin saya tak boleh nak lawan dengan wajah dimiliki mereka tetapi mungkin dengan bersaing dari segi bakat.

    ALSO READ:  Shila Amzah Duduk Rumah Tunggu Tetamu Datang Beraya – ‘Andai Mama & Syada Mahu Ziarah Saya Sentiasa Terbuka’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts