Pelakon dan penyanyi, Amy Mastura meluahkan rasa syukurnya selepas selesai mengerjakan ibadah haji bersama keluarganya menerusi Instagram (IG).
‘Semoga Allah menerima ibadah ini’
View this post on Instagram
Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Amy Mastura Suhaimi ini menitipkan ucapan terima kasih buat semua pihak yang terlibat kerana banyak membantunya dan keluarga ketika menunaikan rukun Islam yang kelima itu.
Kakak nak ambil kesempatan ini untuk ucap terima kasih yang tak terhingga pada semua staf dan petugas ‘Eiman Travel’ yang sentiasa membimbing dan memastikan kami tak tersasar tujuan.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 53 tahun itu memohon maaf kerana tidak berkongsi perkembangannya bersama keluarga sepanjang berada di Tanah Suci Makkah.
Kakak minta maaf sebab kakak tak update apa-apa masa kakak di Makkah.
Menurut pelantun lagu ‘Sha Na Na’ itu lagi, terdapat banyak dugaan sepanjang dirinya mengerjakan ibadah haji namun dia berasa sangat bersyukur kerana Allat SWT telah memberikannya rezeki untuk bersama dengan jemaah lain yang sangat baik.
Amy juga mendoakan agar Allah mengurniakan ibadah haji yang mabrur buatnya dan jemaah yang lain.
Dugaan memang banyak tapi Allah SWT rezekikan kami bersama jemaah-jemaah yang sangat baik.
Semoga Allah berkati dan memberikan haji mabrur buat semua.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Amy yang hanya berkongsikan mengenai ibadah yang dilakukannya sejurus selepas pulang ke tanah air.