Pelantun suara ‘Kendati’ Amylea Azizan memberitahu dia tidak mempunyai sebarang perancangan dan tidak menolak sekiranya mempunyai zuriat dalam tempoh terdekat.
Tak tolak rezeki
Menurut Amylea, dia dan suami sememangnya mahukan cahaya mata. Oleh sebab itu, mereka tidak merancang.
Saya memang menginginkan cahaya mata. Saya kahwin ni pun memang terkejut. Kita ada beberapa rancangan untuk tahun ini dan tahun akan datang. Walaupun jarak jauh, kami cuba untuk mendapatkan zuriat. Saya tak merancang.
Berbicara mengenai hubungan jarak jauh, pelantun suara ‘Kendati’ ini berakata, dia berasa bimbang sekiranya ada individu yang cuba mengganggu hubungannya dengan suami iaitu Mohammad Aqbar Mohamad, 40, memandangkan mereka tidak tinggal sekali.
Saya memang sentiasa risau. Saya selalu beri amaran kepada suami dan saya beri amaran kepada mereka di luar sana, suami saya bukan Aaron Aziz atau Zul Ariffin.
Tetapi kalau ada percubaan itu (menyondol), saya tidak takut untuk melakukan perkara yang lebih drastik iaitu musnahkan hidup awak.
Tambah Amylea, setakat ini tiada sebarang gangguan dan mereka berusaha sehabis baik untuk mempertahankan ikatan perkahwinan yang dibina.
Saya doa kepada Allah supaya benda ini tidak akan berlaku. Saya ernah rasa dicurangi dan tidak mahu lagi melalui fasa tersebut. Saya akan cuba yang terbaik untuk menjaga perkahwinan ini.