Seorang wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman dalam kejadian di rumahnya di Kampung Simee, Perak, pada Rabu.
Anak saksi ibu ditikam
Memetik laporan Harian Metro, pembunuhan itu dipercayai terjadi selepas berlakunya pertengkaran antara mangsa yang berusia 48 tahun dan suaminya, 56.
Menurut sumber, kejadian yang berlaku sekitar 8 pagi itu turut disaksikan oleh anak perempuan mereka yang berusia 12 tahun.
Suspek dikatakan bertindak di luar kawalan dengan memukul kepala mangsa dan menikamnya beberapa kali.
Difahamkan suspek sudah ditahan polis di lokasi kejadian sementara Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.