Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAnak Alami Cirit, Muntah, Kuku Panjang Kotor Dan Tidak Terurus Ketika Noh...

    Anak Alami Cirit, Muntah, Kuku Panjang Kotor Dan Tidak Terurus Ketika Noh Jaga, Mizz Nina Bawa Musa Jumpa Psikiatri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menjadi ibu bapa baharu, tugas yang menggentarkan terutama apabila mereka kini mempunyai bayi atau anak kecil untuk dijaga dan disayangi.

    Ini kerana kana-kanak lebih mudah untuk terdedah kepada penyakit, jadi perlu pastikan persekitaran si kecil bebas daripada bakteria sebaik mungkin.

    Oleh itu, kebersihan merupakan satu fitrah manusia yang wajib dipelihara. Jika kebersihan diri dan persekitaran tidak dijaga, pasti ada padah yang menunggu untuk menimpa.

    IKLAN

    Sebagai makhluk yang dikurniakan akal, kita seharusnya tahu bahawa kebersihan adalah penting demi kemaslahatan bersama.

    Berbahas soal ini, selepas berpisah dengan anak angkatnya lebih tiga minggu, aktivis kemanusiaan Mizz Nina mendakwa kanak-kanak lelaki itu mengalami trauma.

    Kata Nina, 44, anak angkatnya iaitu Musa mula mengalami trauma sejak berjauhan dengannya selepas bekas suaminya, Noh Salleh melarikan anak kecil itu selama beberapa minggu.

    “Bayangkan budak sekecil itu dibawa keluar dari rumah. Dia menjadi trauma sebab terpaksa berjauhan dengan keluarga, kawan-kawan serta jiran yang memang rapat dengan dia.

    “Dia menjadi trauma sebab tercari-cari mak dia, tetapi tidak boleh berjumpa.

    Tidak menunggu lama, bekas penyanyi wanita itu terus membawa anak angkatnya berjumpa pakar psikiatri selepas berjumpa Musa semula dan mendapati anaknya mengalami sakit seperti cirit-birit, muntah serta tidak terurus.

    “Sewaktu Musa pulang dari rumah, dia mengalami sakit seperti cirit-birit, muntah serta kukunya panjang dan kotor.

    Selain itu, Nina turut memaklumkan ketidakberadaan Musa dibawah jagaannya menyebabkan anaknya berdepan dengan masalah pengabaian ibu bapa (abandonment issue).

    “Dia seolah-olah seperti sudah hilang kepercayaan dan merasakan yang saya takkan kembali kepada dia,” tuturnya.

    Hari ini, Nina hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bersama suaminya, Essam Muhammad dan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan dan Mahmud Abdul Jumaat mengesahkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh bagi anak angkat mereka iaitu Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

    ALSO READ:  Muat Naik Foto Pakai Baju Lengan Panjang & Skirt, Netizen Puji Zizie Izette ‘Semakin Berusia, Semakin Menawan’

    Semalam, pihak Mizz Nina memutuskan untuk memfailkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh bagi anak angkatnya, Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts