Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat berkongsi kejadian misteri dialami oleh anak sulungnya Ana Nayla yang diganggu mahluk halus.
Diganggu hantu?
Kata Ayda atau nama sebenar Nur Suhada Jebat, 33, kejadian berlaku di bilik air rumahnya ketika anaknya sedang mandi.
Kejadian berlaku awal pagi, Nayla pergi tandas tiba-tiba menjerit cakap ada hantu. Selalunya dia mandi okay sahaja macam biasa.
Dia tunjuk arah atas iaitu dekat siling tandas. Sebelum ini tak pernah dia beritahu ada apa-apa dalam tandas.
Ayda berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok miliknya.
Dalam hantaran sama, Ayda tidak menolak kemungkinan mahluk tersebut telah mengkori suaminya, Nabil Mahir pulang ke rumah selepas membuang sampah di sebuah kawasan.
Tuturnya, Nabil berasa tidak sedap hati ketika membuang sampah di kawasan tersebut.
Malam sebelum kejadian Nabil kemas stor dan ada beberapa barang yang kami buang. Nak dijadikan cerita, Nabil pergi buang dekat satu tempat yang tak pernah kami buang.
Masa buang sampah-sampah itu, Nabil kata dia rasa tidak sedap hati di situ. Berkemungkinan ‘benda’ (mahluk halus) ikut balik rumah.
Pernah diganggu
Dalam pada itu, pelantun lagu Memerang menambah, ini bukan kejadian pertama apabila anaknya sebelum ini beberapa kali dikatakan pernah melihat mahluk halus ketika mereka menginap di hotel.
Ini bukan kali pertama dia nampak, sebelum ini pernah nampak tapi dekat hotel yang kami pernah menginap.
Ada beberapa hotel di KL yang kalau baru masuk bilik, anak saya akan berhenti dan cakap dekat ayqh dia ada hantu.