Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Monday, July 8, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentAnak Bill Gates Sah Bercinta Dengan Cucu Paul McCartney, The Beatles

    Anak Bill Gates Sah Bercinta Dengan Cucu Paul McCartney, The Beatles

    -

    Shopee CNY Sale

    Siapa yang tidak mengenali pengasas kepada Microsoft Corporation, Bill Gates yang merupakan salah seorang individu terkaya di dunia.

    Sedang Mabuk Bercinta

    Terbaru anak kepada individu kelima terkaya dunia itu dilaporkan sedang mabuk bercinta dengan cucu pelakon seni legenda, Paul McCartney yang merupakan ahli kumpulan The Beatles.

    Menurut The Economic Times, pasangan itu mula tampil kepada umum apabila mengumumkan hubungan percintaan mereka sewaktu meraikan hari graduasi anak Bill Gates, Phoebe Gates, baru-baru ini.

    Phoebe yang baru sahaja menjadi graduan Univerisiti Stanford mengatakan kekasihnya, Arthur Donald turut hadir bagi meraikan hari bersejarahnya.

    Kekasih saya, Arthur Donald meraikan hari bersejarah saya

    Menjalinkan Hubungan Sejak Oktober 2023

    via USA Today

    Donald yang merupakan salah seorang cucu McCartney juga berkongsi foto dirinya bersama Phoebe.

    Phoebe dan Arthur yang berumur 25 tahun dilaporkan mula menjalin hubungan sejak Oktober 2023 sewaktu bercuti bersama di Eropah.

    Phoebe merupakan anak bongsu Gates hasil perkahwinan bersama bekas isteri, Melinda.

    Mereka yang bercerai pada 2021 juga mempunyai dua orang anak iaitu Jennifer dan Rory.

    Arthur pula merupakan cucu pertama McCartney yang merupakan graduan dari Universiti Yale.

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts