Sekadar gambar hiasan
Seorang individu tampil meluahkan rasa terbeban apabila sering menanggung perbelanjaan
Anak harapan keluarga
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di aplikasi X, seorang individu yang dipercayai anak bongsu bertanya pendapat adakah dirinya menjadi anak derhaka kerana timbul rasa terbeban menanggung ibu bapa.
Ujarnya, si ibu enggan mengganggu adik beradik yang lain kerana mereka sudah berkeluarga.
Aku anak derhaka ke bila rasa sedih dan terbeban bila mak aku letak tekanan kewangan pada aku?
Bayarkan duit kutu, kena bawa dia bercuti dan berjalan.
Apa-apa isu kewangan mesti mereka cari aku dulu.
Aku malas balik rumah sebab rasa sedih sebab adik beradik yang lain stabil saja.
Mereka tak nak bebankan adik beradik lain sebab dah ada keluarga masing-masing.
Difahamkan, keluarga individu terbabit memiliki perniagaan sendiri namun tidak selalunya meraih keuntungan.
Penat tanggung beban
Sekadar gambar hiasan
Berkongsi lebih lanjut, individu ini menyatakan hal tersebut tidak dibincangkan sesama adik beradik kerana sering timbul rasa ‘sentap’.
Aku penat kena tanggung beban ini.
Kumpul duit kahwin pun terkapai-kapai nak mencukupkan.
Malas nak sembang hal ini dengan adik beradik lain sebab masing-masing kalau bincang isu tanggungjawab mesti sentap.
Sudahnya mak ayah cari aku juga.
Tambahnya, dia tidak pernah meluahkan apa yang dirasainya kerana terbiasa memikul tanggungjawab dalam hal kewangan.