Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAnak Diculik, Dipukul Semasa Ibu Pergi Berbulan Madu Dengan Suami Baru?

    Anak Diculik, Dipukul Semasa Ibu Pergi Berbulan Madu Dengan Suami Baru?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Misha (Fasha Sandha) sangat bahagia setelah berkahwin dengan Nordin (Fadlan Hazim) tetapi dalam bahagia tersimpan kesedihan dimana dia harus berperang dengan perasaan sendiri kerana anak-anaknya yang tidak merestui hubungan Misha dan Nordin.

    Artikel berkaitan: Fasha Sandha Terjebak Skandal?

    Artikel berkaitan: Terus Kahwin Selesai Habis Iddah, Anggap Bapa Tiri ‘Penyondol’ Rumah Tangga?

    Anak-anak memberontak

    Nordin terpaksa berhadapan dengan Yana (Puteri Balqis) dan Rizal (Danish Hazriq) yang sering memberontak dan membencinya kerana tidak merestui perkahwinan ibunya.

    Melihat Nordin yang tertekan membuatkan Misha rasa bersalah dengan Nordin sehingga Misha merancang untuk pergi berbulan madu berdua dan meninggalkan anak-anaknya di Kuala Lumpur buat seketika untuk menenangkan diri mereka.

    Yana diculik

    Yana yang baru sahaja dalam perjalanan pulang ke rumah dari kolejnya diculik oleh beberapa lelaki yang tidak dikenali dan diheret ke dalam kereta sebelum dilarikan ke kawasan yang tidak diketahui.

    Yana dibius sehingga tidak sedarkan diri. Apabila tersedar dia sudah berada di dalam bilik yang kelihatan seperti lokap. Dia cuba menjerit dan berbuat bising, sudahnya dia dipukul dengan teruk oleh lelaki bertopeng.

    Misha dan Nordin mendapat berita bahawa Yana hilang. Walaupun panik, Misha dan Nordin merasakan yang Yana lari dari rumah kerana hendak memberontak mengenai pernikahan mereka. Mereka yakin Yana akan balik juga ke rumah.

    Ini membuatkan Amir merasakan Misha sudah tidak peduli dengan anak-anaknya. Jadi adakah Misha dan Amir membuat laporan polis tentang kehilangan Yana atau mereka hanya menanti kepulangan Yana? Adakah Misha menyesal dengan perbuatannya yang berkahwin dengan Nordin tanpa persetujuan anak-anaknya?

    Jangan ketinggalan untuk menonton Khilaf Yang Tertulis menerusi slot Samarinda malam ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 atau anda juga boleh strim melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

    ALSO READ:  Ditanya Soal Agama Aryan Khan, Ini Jawapan Gauri Khan- “Dia Beritahu Selamanya Akan Anuti Agama…”

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts