Sekadar gambar hiasan
Seorang wanita disahkan meninggal dunia dua jam selepas pemergian ibu tersayang, dalam satu kejadian di Kampung Parit Lapis Maimon, Parit Sulong di Johor pada Rabu.
Dua beranak meninggal dunia selang 2 jam
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, Allahyarham Saonah Kasmi, 58, datang ke rumah adiknya, Saripah Kasni, 44, selepas dimaklumkan tentang pemergian ibu mereka Bayah Sadiran, 84.
Menurut Saripah, kakaknya yang berada dalam keadaan kurang sihat pada ketika itu, tetap datang ke rumahnya untuk menziarahi jenazah ibu.
Waktu dia tiba, keadaannya tidak berapa sihat, tapi masih kuat untuk berjalan. Dia gagahkan diri datang kerana mahu menatap wajah ibu buat kali terakhir.
Sewaktu duduk atas kerusi bersebelahan jenazah ibu, arwah dilihat tidak bergerak dan kami cuba membantunya namun tiada tindak balas.
Namun siapa sangka, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 8:20 malam iaitu dua jam selepas pemergian ibu tercinta.
Siapa sangka pemergian serentak ini berlaku. Walaupun masih bersedih, namun kami perlu menerima hakikat atas pemergian mereka berdua.
Difahamkan, pada hari itu, ahli keluarga juga sibuk membuat persiapan untuk mengebumikan jenazah ibunya.
Jenazah dua beranak itu selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Lapis Maimon, 10.30 pagi Khamis.