Anak lelaki kepada pelakon veteran, Jalil Hamid tampil meluahkan rasa berang terhadap sebuah portal terkenal yang dikatakan telah memberikan info yang tidak benar mengenai bapanya dikatakan meminta bantuan orang ramai untuk merawat masalah jantung.
“1 Sen Pun Bapa Saya Tak Terima Bantuan Orang Ramai…”
Menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram, anak lelaki kepada Jalil iaitu Harith menjelaskan bahawa bapanya itu tidak menerima sebarang bantuan orang ramai seperti yang didakwa. Malah, bapanya itu menggunakan wang simpanan sendiri serta dan dibantu anak-anak untuk membiaya pembedahan pelakon veteran ini.
“1 sen pun bapa saya tak terima duit bantuan orang ramai. Ayah guna duit simpanan selama ini untuk operation nya dan kami, anak-beranak keluarkan duit kami yang tak seberapa untuk bantu.”-jelas Harith
Anak-Anak Dilarang Buka Tabung & Minta Bantuan Awam
Tambahnya lagi, Harith menegaskan bahawa bapanya turut melarang mereka untuk membuka tabung serta meminta bantuan awam bagi merawat masalah kesihatannya.
“Ayah siap halang kami untuk buka tabung dan minta bantuan awam. Aku nak tanya wartawan ni juga mana bukti ayah minta bantuan orang ramai.”-tegas Harith lagi
Sekadar info, pelakon veteran, Jalil Hamid sebelum ini disahkan mengalami masalah jantung selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang pada Mac lalu.
Sama-sama kita doakan agar Jalil Hamid diberikan kesembuhan dengan cepat…Apa komen anda?