Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAnak Lelaki Diana Danielle Dan Farid Kamil Usia 11 Tahun Bertindak Tumbuk...

    Anak Lelaki Diana Danielle Dan Farid Kamil Usia 11 Tahun Bertindak Tumbuk Rakan Sebaya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    “Bodoh! Gila lah kau ni…si4l!”

    Perkataan sebegini yang keluar daripada mulut kanak-kanak tentu saja mengejutkan ramai ibu bapa apatah lagi apabila diungkapkan kanak-kanak yang masih kecil.

    Golongan itu biasanya ‘belajar’ perkataan tidak elok daripada pelbagai faktor atau sumber di sekelilingnya yang mencarut, menyumpah atau mengeluarkan apa juga kata-kata negatif.

    Apabila menyentuh faktor sekeliling, ia bukan sekadar berpunca daripada pengaruh golongan dewasa malah ia turut membabitkan rakan sebaya, televisyen dan Internet atau sekiranya kanak-kanak itu sendiri sudah boleh membaca.

    Ramai ibu bapa atau penjaga terkejut apabila secara tiba-tiba si kecil mengeluarkan kata-kata kesat walaupun seisi keluarga sedaya upaya menjaga setiap tutur kata terutama apabila di rumah.

    Namun usah sekadar tegur saja tanpa mengajar mereka perkataan yang sesuai digunakan. Ini akan membuatkan mereka keliru dan terus mengulang kesalahan yang sama.

    Ini kerana kanak-kanak sangat mudah meniru, mungkin ada secara tidak sedar, ibu bapa atau penjaga sendiri yang berbual menggunakan perkataan tidak elok di depan mereka.

    Jangan berterusan begitu, terangkan kepada mereka bahawa perkataan itu tidak elok dan sekiranya perlu boleh meminta maaf.

    Berbincang soal ini, baru-baru ini anak sulung kepada pasangan selebriti, Diana Danielle dan Farid Kamil iaitu Muhammad, 11 dikhabarkan telah menumbuk rakan sebaya kerana mengeluarkan kata-kata kesat.

    Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, berkata keadaan itu dicetuskan hanya kerana Muhammad enggan bermain dan membenarkan rakannya berkunjung ke rumah mereka.

    “Anak saya menumbuk muka kawannya hari ini (semalam). Kanak-kanak itu memaki hamun anak saya kerana dia mahu datang, tetapi anak saya enggan dia datang ke rumah kami.

    Begitupun, isteri kepada aktor dan pengarah, Farid Kamil tetap tidak menyokong tindakan Muhammad.

    ALSO READ:  Farid Kamil Dan Diana Dituduh Makan Mi Kari Di Kedai Tidak Halal, Peminat Tegur Atas Niat Tanggungjawab

    Namun, susulan insiden tersebut Diana yang juga ibu kepada dua cahaya mata enggan lagi membenarkan Muhammad berkawan dengan kanak-kanak berkenaan.

    “Memang elok merasa sikit, biar ada adab. Bukan nak ‘back up’ anak pun, tapi padan muka.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts