Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAnak Liat Bangun Solat Subuh? Apa Kata Mak Ayah Cuba Trik Johan...

    Anak Liat Bangun Solat Subuh? Apa Kata Mak Ayah Cuba Trik Johan & Ozlynn Yang Ini…

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setiap ibu bapa tak dinafikan memiliki acuan mereka sendiri dalam mendidik dan membesarkan anak. Sama juga seperti pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn yang turut mempunyai cara tersendiri dalam membesarkan anak-anaknya.

    Pasangan selebriti ini juga tak lokek dan malu untuk berkongsikan beberapa tips dan petua untuk pengikutnya di media sosial.

    Menarik kan? Kamu nak tahu tak apa trik yang dilakukan oleh pasangan ini untuk buatkan anak-anak mereka bangun dengan sendirinya pada waktu Subuh?

    1. 6:30 pagi wajib bangun 

    Ozlynn mendedahkan yang anaknya setiap hari akan bangun pada pukul 6:30 pagi. Rutin mereka adalah solat Subuh dan membaca Al-Quran.

    Foto – @jozlynnhanania (IG)

    “Pukul 6:30 pagi, Haziq ketuk pintu bilik tanya mama dah bangun ke solat Subuh. Kita pun bagitau dah, pastu kita tanya dah solat, dah ngaji? Dia jawab dah mama. Tak sampai 2 minit, Abang Sodiq ketuk pula, mama dah bangun ke, kita tanya awat, dia jawab saja nak check. Kita pesan jangan lupa ngaji.”

    Manakala di hujung minggu pula, mereka akan menolong membuat kerja rumah selepas membaca Al-Quran.

    Foto – @jozlynnhanania (IG)

    2. Jam loceng kena letak jauh daripada tempat tidur

    Kongsi Johan pula, dia sering berpesan pada anak-anaknya supaya tidak meletakkan jam loceng berdekatan dengan tempat tidur.

    “Dah ajar banyak kali, alarm jangan letak sebelah telinga, senang nak stopkan. Letak dekat pintu bilik, sah-sah kena bangun matikan. Baru tak tido balik.”

    Foto – @jozlynnhanania (IG)

    Dedahnya lagi trik ini sangat berkesan kerana anak-anaknya terpaksa bangun dari katil untuk menutup jam loceng tersebut. Secara tidak langsung, mereka akan bangun untuk solat Subuh.

    “Senang je nak tahu diorang bangun ke tidak, suruh diorang ketuk bilik kita setiap seorang. Bila sudah bangun mustahil tak solat, tak mengaji.”

    Tambahnya lagi, jika mahu tahu anak-anak sudah bangun solat Subuh atau belum, minta mereka untuk ketuk pintu dan beritahu kamu. Dari situ barulah mereka akan mindset untuk bangun Subuh dengan sendiri selepas ini.

    Trik yang simple tapi berkesan untuk mak ayah yang nak cuba bangunkan anak untuk solat Subuh. Selamat mencuba!



    Credit: IbuBapa – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts