Bayi sulung Marissa Dania dilaporkan meninggal dunia ketika dilahirkan.
Meninggal dunia ketika dilahirkan
Memetik laporan Harian Metro, bayi sulung itu meninggal dunia ketika dilahirkan. Difahamkan, Marissa sedang hamil enam bulan dan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.
Pada hari kejadian Marissa dan suami (Aslam) pergi menghadiri sebuah acara pelancaran produk dan dibawa ke hospital selepas mengadu sakit perut.
Bagaimanapun, bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan dalam keadaan pra matang.
Perkara ini diketahui oleh bapa Marissa dan orang terdekat sahaja.
Menerusi posting di Instagram Story, Marissa memuat naik gambar makanan yang kebiasaannya disediakan untuk wanita yang sedang berpantang.
Menerusi hantaran sama, Marissa turut meletakkan gambar suaminya.
Sebelum ini, Marissa mengunci mulut mengenai spekulasi sedang berbadan dua seperti yang tular di media sosial.
Marissa ketika ditemui media bagaimanapun hanya meminta doa orang ramai agar segala dakwaan yang timbul dipermudahkan.