Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAnak Perempuan Kena Sepak Di Sekolah Sehingga Trauma Dan Muntah, Norreen Cuba...

    Anak Perempuan Kena Sepak Di Sekolah Sehingga Trauma Dan Muntah, Norreen Cuba ‘Settle’ Cara Baik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Hati pelakon Norreen Iman, 30, hancur apabila mengetahui bahawa anak perempuannya mengalami kecederaan pada bahagian kaki akibat dibuli di sekolah, sehingga menimbulkan trauma yang mendalam dan menyebabkan anaknya takut untuk ke sekolah.

    Norreen atau nama sebenarnya Norreen Iman Abdullah, dalam satu perkongsian di laman sosial, menceritakan kejadian memilukan tersebut.

    Menurutnya, ini bukan kali pertama anak sulungnya menjadi mangsa buli, malah insiden terbaru ini menyebabkan anaknya mengalami muntah dan demam akibat tekanan dan kesakitan.

    “Allah minta lindungilah anak aku ini. Berkali-kali dah kena sepak dan tolak. Sekarang ini kaki dah luka. Sampai dia cakap tak selesa makan kat sekolah. Agaknya rasa sakit sangat sampai muntah dia”

    “Okey tak mengapa aku sabar. Ini kaki luka, balik badan terus dedor (panas). Siapa yang tak naik angin? Dahlah anak aku sejenis happy go lucky sangat-sangat. Kalau aku tak cakap dan beritahu itu merupakan pembulian, dia takkan faham,” luah Norreen dengan penuh emosi.

    Sebagai seorang ibu kepada dua cahaya mata, Norreen telah mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini dengan menemui guru disiplin di sekolah anaknya. Namun, walaupun sudah bertindak mengikut prosedur, kejadian buli masih berulang.

    “Bukan tak pernah datang sekolah. Aku datang. Cuma aku ikut law (peraturan). Biar cikgu disiplin selesaikan. Pergi umrah, anak aku kena lagi sampai dia menangis. Adik ipar cuba cari, budaknya tak ada,” katanya lagi.

    Dalam usaha untuk memastikan keselamatan anak-anak di sekolah, Norreen menyeru ibu bapa lain agar sentiasa memantau keadaan anak-anak mereka dan kerap bertanya tentang persekitaran di sekolah.

    “Aku harap ibu bapa periksa anak di sekolah, apa mereka buat. Minta kemas kini daripada cikgu. Harap cikgu pun bagi kerjasama. Kalau murid buat laporan, jangan buat acuh tak acuh. Harap kita sebagai ibu bapa ada dapat makluman terkini semua perkara di sekolah. Bukan harapkan anak yang beritahu sahaja.”

    Namun begitu, masalah tersebut akhirnya diselesaikan dengan baik melalui perbincangan bersama pengetua, guru, dan pihak berkaitan. Menurut Norreen, budak lelaki yang terlibat dalam kejadian buli tersebut telah mengakui perbuatannya.

    ALSO READ:  Fiziwoo Tampil Bersuara Selepas Teruk Dikecam Netizen Isu Aliff Aziz-“Dia Bukan Duta Rasmi…”
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts