Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAnak Perempuan Mendedahkan Bahawa Amitabh Bachchan Benci Perempuan Yang Berambut Pendek Dalam...

    Anak Perempuan Mendedahkan Bahawa Amitabh Bachchan Benci Perempuan Yang Berambut Pendek Dalam Keluarganya!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Terdahulu, anak perempuan kepada Amitabh Bachchan, iaitu Shweta Bachchan mendedahkan bahawa ayahnya itu cukup membenci jika wanita di dalam ahli keluarganya yang berambut pendek. Perkara itu di dedahkannya di dalam rancangan podcast miliknya ‘What The Hell Navya Season 2’.

    Ketika di dalam rancangan tersebut, Shweta Bachchan telah mendedahkan beberapa perkara yang menarik mengenai ayahnya, Amitabh Bachchan yang tidak suka jika wanita di dalam kalangan keluarga Bachchan mempunyai rambut pendek. Shweta Bachchan juga memberitahu, perkara itu terjadi sewaktu dirinya muda dan sering memotong rambut pendek dan menyebabkan Amitabh Bachchan tidak setuju dengan perkara yang dilakukannya itu.

    “Dia bencikannya, setiap kali saya memotong rambut saya, dia selalu berkata ‘kenapa awak lakukan ini?’ ‘Saya tak suka’-kata Shweta Bachchan

    “Sememangnya Dia tidak suka apabila ada diantara kami yang memotong rambut”-Tambah Shweta Bachchan

    VIA GOOGLE

    Selain itu, dia juga turut mendedahkan bahawa ayahnya itu sering menggunakan minyak Mustard sebagai mosturizer untuk anak-anaknya. Jaya Bachchan iaitu isteri kepada Amitabh Bachchan juga turut mendedahkan perkara yang sama bahawa minyak tersebut sering digunakan di badan sebagai pelembap kulit.

    Tambah Jaya Bachchan lagi, Bangali sering menggunakan minyak mustard tersebut untuk memasak namun tidak untuk badan, akan tetapi Amitabh Bachchan menggunakannya untuk badan dan tidak untuk dimasak.

    Apa-apa pun, setiap orang pasti akan ada perkara yang disukai dan tidak disukai. Apa yang penting adalah, ahli keluarga perlu menghormati pendapat satu sama lain agar hubungan kekeluargaan kekal harmoni.

    Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts