Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAnak ‘Pinjaman Syurga’ Dikirim Khas Buat Janna Nick Dan Keith Foo

    Anak ‘Pinjaman Syurga’ Dikirim Khas Buat Janna Nick Dan Keith Foo

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Natasha (Janna Nick) dan Taufik (Keith Foo), pasangan muda yang bekerjaya, mula menghadapi ujian besar dalam rumah tangga apabila anak mereka Haikal (Akif Darwisy) disahkan menghidap autisme.

    Drama Terbaru Di Akasia

    via Media Prima

    Menghadapi realiti yang begitu mencabar, suami isteri ini bergelut untuk menerima takdir yang telah ditentukan.

    Dalam saat-saat getir, mereka perlu membuat pilihan, untuk terus berjuang demi anak mereka atau tunduk kepada tekanan hidup yang melanda.

    Terbaharu di slot Akasia, drama Pinjaman Syurga yang bakal mengusik jiwa dan menyentuh emosi para penonton, menampilkan gandingan hebat  Keith Foo, Gambit Saifullah dan Janna Nick.

    Drama ini bakal bersiaran di kaca TV anda bermula pada 5 September 2024, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton.

    Kisah Kekeluargaan

    via Media Prima

    Pinjaman Syurga mengisahkan tentang bagaimana sebuah keluarga diuji dengan dugaan yang besar dan pengorbanan yang luar biasa dalam menghadapi realiti kehidupan yang tidak dijangka.

    Berkisar kisah hidup pasangan suami isteri, Natasha dan Taufik, yang mengalami pergolakkan setelah mengetahui bahawa anak tunggal lelaki (Haikal) mereka adalah seorang kanak-kanak autisme.

    Seperti angin badai yang tiba tanpa diduga, berita ini menggoncang kehidupan bahagia selama lima tahun perkahwinan mereka, menguji kesabaran, kecekalan, dan kasih sayang yang ada.

    Taufik yang dulunya seorang ayah yang penyayang, kini berubah menjadi seorang yang pemarah.

    Manakala, Puan Aminah, ibu Taufik juga tidak berpuas hati dan menyalahkan keturunan Natasha atas penyakit autisme yang dihidapi Haikal.

    Kehidupan Natasha menjadi semakin sukar  sehingga mutu kerjanya makin merosot akibat bebanan emosi yang harus dipikul seorang diri.

    Pengorbanan Seorang Ibu

    via Media Prima

    Selepas mendengar nasihat ayahnya, dan sokongan dari bekas adik iparnya (Zahirah), Natasha serta merta menghantar Haikal ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang mana ianya ditubuhkan bertujuan untuk membantu anak-anak autisme.

    ALSO READ:  Gara-Gara Peragakan Jubah Merah Jambu, Neelofa Disekolahkan Netizen Konon Tunjuk Bentuk Badan

    Pada ketika itu, dia bertemu semula dengan Zainal (Gambit Saifullah), seorang rakan lama yang merupakan pengasas bagi pusat pemulihan tersebut dan mula membantu Natasha dan juga Haikal dalam mengharungi cabaran kehidupan mereka.

    Drama Pinjaman Syurga ini juga mengangkat tema pengorbanan seorang ibu yang sanggup berjuang seorang diri dalam cabaran membesarkan anak autisme dengan usaha mendapatkan bantuan dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) agar anak autismenya dapat  belajar berdikari.

    Setiap episod membawa penonton mendalami perasaan dan perjuangan seorang ibu yang harus berdepan dengan kekangan emosi, stigma masyarakat, dan cabaran untuk memastikan masa depan yang cerah buat anaknya.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts