Anak kepada pelakon Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin mencuri perhatian apabila menerima Anugerah Pengetua selepas meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Membanggakan!
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dibuat Instagram (IG), Rita memuat naik gambar memaparkan sijil penghargaan yang diberikan pihak sekolah selepas anaknya itu meraih keputusan membanggakan iaitu ‘Cumulative Gred Point Average’ (CGPA) sebanyak 3.842.
Menerusi ruangan kapsyen, pelakon yang terkenal menerusi filem ‘Mami Jarum’ meluahkan rasa syukur atas kejayaan anaknya itu.
Alhamdulillah, Ryan dapat Anugerah Pengetua lagi.
Terima kasih Ustazah Norfaiza wakilkan untuk Ryan, ‘fly high’ Ryan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Rita dan Rayyan atas kejayaan yang membanggakan itu.
Terdahulu, Rayyan mencuri tumpuan apabila berjaya memecahkan rekod dalam acara 100 meter (m) dan 200m di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam pada Ogos lalu.