Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAnak Ryan Bakery Ditahan Wad, Alami Batuk Berkahak & Jangkitan Kuman –...

    Anak Ryan Bakery Ditahan Wad, Alami Batuk Berkahak & Jangkitan Kuman – ‘Pengajarannya Jangan Bagi Orang Cium Sesuka Hati’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Ryan BakeryRyan Bakery

    Pempengaruh dan pelakon Ryan Bakery memaklumkan anaknya iaitu Ryan Ezra telah dimasukkan ke wad sebuah hospital akibat demam panas dan batuk berkahak.

    Batuk, demam

    Ryan BakeryRyan Bakery

    Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 29, memberitahu anaknya mula menunjukkan simptom tidak sihat dan batuk berpanjangan sejak 16 Julai lalu.

    Namun selepas mendapatkan rawatan, keadaan anaknya dilihat semakin pulih sebelum tiba-tiba kembali demam semula selang dua hari kemudian.

    Anak saya dimasukkan ke hospital disebabkan mengalami batuk dan selesama. Bila batuk akan keluar kahak yang banyak. Pada 16 Julai, nampak macam kurang aktif dan tiada mood. Saya pegang badan dia rasa suam. Kemudian hidungnya berair dan mula batuk. Malam hari sama terus bawa ke hospital.

    Doktor buat pemeriksaan dan bagi ubat. Doktor beritahu sekiranya sampai 18 Julai tidak baik, perlu bawa semula ke hospital. Tetapi pada 17 Julai makin teruk saya lihat.

    Namun, pada 18 Julai itu badannya tiba-tiba dah sejuk dan dah tak demam. Nampak petanda-petanda dah sembuh. Ingatkan dah baik, rupanya semalam (19 Julai) naik balik suhu badan dia sampai cecah 38 celcius ditambah batuk dan menangis tak berhenti.

    Itu yang terpaksa bawa semula ke hospital. Doktor beritahu kahak dia banyak dalam paru-paru.

    Sementara itu, menurut maklumkan terkini, Ryan berkata doktor memberitahu terdapat jangkitan kuman dalam darah anaknya dan terpaksa diberikan suntikan antibiotik.

    Info terkini, doktor kata ada kuman dalam darah anak saya. Doktor masukkan ubat antibiotik.  Mohon semua mendoakan anak saya agar kembali sembuh semula.

    Dalam pada itu, Ryan berkata dia mengambil pengajaran daripada kejadian yang berlaku agar lebih berhati-hati mengawasi anaknya.

    Sebagai bapa saya ambil pengajaran dengan yang berlaku, jangan bagi orang lain sesuka hati cium anak. Apabila jadi macam ini, yang ada hanya ibu dan ayah dia sahaja.

    Ini akan dijadikan pengajaran untuk saya dan isteri. Apa pun semua sudah berlaku, selepas ini akan ambil langkah berjaga-jaga.

    ALSO READ:  [VIDEO] Wawa Zainal Kongsi Kisah Mula Bertudung, Akui Aeril Zafrel Penyebab Utama – ‘Dia Paksa Saya Bertudung’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts