Di Instagram, anak kepada pelakon Sari Yanti iaitu Dariya mencuri tumpuan netizen kerana kecewa tidak mendapat gelaran Hajah selepas melakukan simulasi ibadah haji, baru-baru ini bersama rakan-rakannya.
Kecewa betul
Menerusi posting yang dikongsikan, Dariya telah menghadiri program simulasi haji cilik iaitu program pendidikan yang direka khas untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai rukun Islam yang kelima itu.
Menurut Sari Yanti, selepas selesai program tersebut, anaknya terus menyoal kepadanya mengenai gelaran Hajah. Sebagai ibu, Sari berkata, dia cuba memberi penjelasan kepada anaknya bahawa program tersebut sekadar latihan sahaja.
Alhamdulillah dah jadi Hajjah Dariya. Bila balik tadi dia tanya betul ke dia dah buat Haji, mama kata tu praktis. Dia kecewa betul ‘u mean all that is fake’ yes Dariya tu praktis je. I thought everyone should already call me Hajjah.
Di akhir posting, isteri kepada pelawak Jep Sepahtu ini berharap cita-cita anaknya untuk menunaikan ibadah Haji akan termakbul suatu hari nanti.
Semoga Allah swt kabulkan cita-citamu anakku. Semoga satu hari nanti kita dan yang membaca dan mendoakan ni dapat Haji mabrur dan redha Allah.