Anak saudara Salman Khan iaitu Alizeh Agnihotri telah menyertai debut di dalam dunia hiburan Bollywood pada 2023 di dalam filem Farrey. Baru-baru ini, Alizeh Agnithotri dijemput bersama Vedang Raina, Rajveer Deol dan Palak Tiwari di dalam rancangan CNN News18’s Rising Bharat Summit.
Semasa perbincangan mereka, Alizeh Agnithotri memberitahu bahawa sekiranya kerjaya dia bukanlah seorang pelakon, maka kini dia akan menjadi pengarah dan akan mengajak ayah saudaranya iaitu Salman Khan untuk bersama-sama menjayakannya.
Di dalam temubual tersebut juga, Alizeh Agnithotri memberitahu perbezaan diantara tiga ayah saudaranya itu termasuklah Salman Khan.
“Saya akan pergi dekat ayah saudara yang berbeza untuk perkara yang berbeza, contohnya jika saya ingin terhibur dan ketawa, saya akan ke ayah saudara Sohail kerana dia sangat suka melawak dan buat kelakar”-kata Alizeh Agnithotri
“Ayah saudara Aebaaz pulak sangat pandai dan bagus dalam memberikan nasihat dan dia sangat pandai bercakap. Jadi jika saya memerlukan bimbingan saya tidak perlu bertanya kerana dia sendiri akan menelefon saya”-Tambah Alizeh Agnithotri
View this post on Instagram
Kata Alizeh Agnithotri lagi, Ayah Saudaranya Salman Khan pula selalu mengajarkan supaya jiwa menjadi sentiasa muda. Seronok dan sangat bagus bila Salman Khan berada disamping kerana dia akan mengingatkan kita untuk sentiasa menjadi muda dari dalam hati.
“Sehingga sekarang dia seperti kanak-kanak, kadang kala saya terasa muda bila berada dengannya”-kata Alizeh Agnithotri
Apa kata anda?