Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Anak Saya Sekolah Agama Tau!’ – Sharifah Sakinah Pentingkan Pendidikan, Sokong Minat...

    ‘Anak Saya Sekolah Agama Tau!’ – Sharifah Sakinah Pentingkan Pendidikan, Sokong Minat Anais Dalam Bidang Seni

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Sharifah Sakinah masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami, Aliff Adha demi membesarkan anak perempuan mereka, Anais Adha.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Perempuan Selalu Kewangan’ – Sharifah Sakinah Pesan Pada Golongan Wanita Jaga Emosi, Jangan Bergantung Dengan Orang Lain

    Artikel berkaitan: ‘Saya Terima Segala Teguran & Kritikan Dengan Hati Terbuka’ – Sharifah Sakinah Mohon Maaf

    Bersyukur bekas suami baik

    Menurutnya, dia bersyukur Aliff menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan baik dan sangat mengambil berat tentang perihal Anais.

    Dia (Aliff) adalah ibu sebenarnya! Aliff memang bagus dan saya sangat bersyukur dikurniakan bekas suami macam dia.

    Hubungan Anais dengan bapanya pun sangat baik. Tak tahu kenapa Tuhan berikan saya rezeki kehidupan sebegini.

    Berterus terang dengan anak tentang perceraian mereka, Sakinah, 34, menganggap perceraian merupakan perkara yang tidak asing lagi di luar negara.

    Dekat sekolah hanya dia sahaja yang ibu bapa sudah bercerai. Kadang-kadang kawan dia tanya kenapa ada dua rumah dan Anais jawab ibu dan ayah sudah berpisah… Siap terangkan kepada mereka.

    Ketika menetap di Sweden, 50 peratus pasangan bercerai di sana dan ia perkara normal. Sebaliknya di Malaysia, nak normalisasikan perkara itu sangat sukar.

    Sebab itu pentingnya bercuti ke luar negara. Tengok budaya luar, perceraian itu perkara biasa.

    Perlu utamakan pelajaran

    Sementara itu, Sakinah berkongsi Anais mempunyai bakat dalam bidang seni dan menyokong sekiranya anak perempuannya mahu bergelar artis.

    Namun, dia dan bekas suami tetap mengutamakan pendidikan Anais terlebih dahulu.

    Anais nak ke arah bidang seni. Saya benarkan dan beri sokongan. Saya rasa dia dapat daripada keluarga kami.

    Bekas suami pun sokong tapi apa-apa pun kena seimbang dengan pelajaran. Anak saya sekolah agama tau!

    Dia suka melukis malah di hadapan kamera pun dia natural jadi model, menangis pun boleh.

    Untuk rekod, Sakinah dan Aliff pernah berkahwin pada 2015 namun bercerai pada Mei 2020.

    ALSO READ:  Ibu Aliff Aziz Tak Henti Dicaci Netizen, Tetap Kekal Tenang – ‘Alhamdulillah Ini Lah Insan Hebat’

    Pada tahun sama, Sakinah kembali berumah tangga dengan lelaki dari negara Sweden iaitu Michael Hensen namun hubungan mereka juga berakhir dengan perceraian dua tahun kemudian.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts