Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Anak Saya Tidak Pernah Bermusuh Dengan Sesiapa, Dia Seorang Yang Peramah’ –...

    ‘Anak Saya Tidak Pernah Bermusuh Dengan Sesiapa, Dia Seorang Yang Peramah’ – Bapa Faisal Halim

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Faisal HalimFaisal Halim

    Bapa kepada pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim iaitu Halim Saad akui reda dengan nasib yang menimpa anaknya susulan insiden disimbah asid, baru-baru ini.

    ‘Tidak bermusuh’

    Faisal HalimFaisal Halim

    Menerusi video temu bual bersama Malaysia Gazette, Halim menganggap ada hikmah yang tersirat berhubung insiden tersebut.

    Halim berharap, si pelaku yang berniat jahat terhadap anaknya diberikan petunjuk Ilahi.

    Saya berserah dan reda dengan apa yang berlaku pada anak saya. Mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku, walaupun ada segelintir yang kata ini kifarah buat dia.

    Saya berharap, orang (si pelaku) yang buat pada dia semoga Allah beri hidayah dan sedar bahawa sudah buat satu kesilapan yang besar dalam Islam.

    Dalam temu bual sama, Halim menyifatkan Faisal seorang yang peramah dan ceria. Malah dia yakin anaknya itu tidak pernah bermusuhan dengan mana-mana pihak.

    Rasanya anak saya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa, dia seorang yang tidak suka berselindung diri daripada orang lain.

    Sifat Faisal sama seperti saya, ada kala datang ‘gila’ (sporting) maka akan jadi ‘gila’. Dia seorang yang sangat peramah.

    Saya doakan dia sentiasa kuat dan kalau boleh kembali bangkit untuk kariernya. Insya-Allah sama-sama kita semua pakat berdoa.

    Terdahulu, Faisal mengalami lecur tahap empat selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali sewaktu membawa anak dan isterinya ke sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

    Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey telah selamat menjalani pembedahan kali kedua yang dijalankan pada Selasa malam.

    Sementara itu, memetik laporan media tempatan, Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang sempat melawat Faisal di hospital memaklumkan pemain itu sudah sedar dan mula menjamah makanan.

    ALSO READ:  Mierul Aiman Tak Kisah Tayang Badan Demi Jayakan Watak, Badan Kekar Bukan ‘Pelaris’ Drama

    Selain Faisal, dua orang lagi pemain bola sepak turut berdepan insiden tidak diingini iaitu Akhyar Rashid dan Safiq Rahim.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts