Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAnak Sibuk Cari Kerja, Bapa Buat ‘Projek’ & Paksa Menantu Bersetubuh! Siap...

    Anak Sibuk Cari Kerja, Bapa Buat ‘Projek’ & Paksa Menantu Bersetubuh! Siap Ugut Dengan Pisau

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sekadar gambar hiasan

    Seorang lelaki berstatus bapa mentua telah ditahan polis selepas didakwa memperkosa menantunya dalam satu kejadian di Jawa Timur, Indonesia pada Khamis.

    Paksa menantu bersetubuh

    Sekadar gambar hiasan

    Memetik laporan Liputan6, ketika kejadian hanya mangsa yang berusia 17 tahun dan suspek, 35, sahaja berada di rumah berkenaan. Ketika itu, suami mangsa berada di luar daerah untuk mencari kerja manakala isteri dan anak-anak suspek sedang bercuti.

    Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Mojokerto AKP Nova Indra, suspek bertindak menerjah masuk ke bilik ketika mangsa sedang menjamu selera.

    Dia kemudian mengacukan sebilah pisau di leher menantunya sebelum memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks. Mangsa yang bimbang akan keselamatannya terpaksa bersetuju dengan apa yang diminta suspek.

    Selepas si suami pulang ke rumah, mangsa menceritakan perbuatan keji bapa mentuanya dan susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat. Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan.

    Difahamkan, suspek merupakan bapa tiri kepada suami mangsa.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts