Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAnak Simpan Mayat Ibu Dalam Peti Sejuk Beku Selama Tiga Tahun

    Anak Simpan Mayat Ibu Dalam Peti Sejuk Beku Selama Tiga Tahun

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Foto: Sinar Harian

    Seorang lelaki didakwa telah membunuh ibu kandungnya sebelum menyimpan mayat mangsa ke dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu.

    Mayat dalam peti sejuk beku

    Foto: Sinar Harian

    Memetik laporan Sinar Harian, suspek yang berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan selepas dia membuat panggilan kecemasan mengenai keadaan kesihatannya.

    Susulan daripada itu, pasukan yang tiba di kediaman suspek di Jalan Hujan Abu 6, Taman OUG dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa yang berusia 80-an itu.

    Berdasarkan maklumat awal, suspek turut berada bersebelahan peti sejuk beku berkenaan ketika polis tiba di lokasi kejadian.

    Sementara menurut laporan Harian Metro, suspek kemudian ditahan polis dan didakwa melakukan pembunuhan tersebut sekitar Mac 2021.

    Mangsa dipercayai dipukul sebelum dibalut dengan tuala dan plastik lalu diletakkan dalam peti ais itu.

    Suspek mendakwa menghadapi masalah kewangan apabila kehabisan wang simpanan selain mempunyai masalah kesihatan kronik.

    Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan kejadian.

    Difahamkan, kes tersebut masih dalam siasatan dan pihak polis akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts