Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAnak Tempatan Jadi Bos Rangkaian Restoran Perkhidmatan Segera Terkenal Di Malaysia- Dato’...

    Anak Tempatan Jadi Bos Rangkaian Restoran Perkhidmatan Segera Terkenal Di Malaysia- Dato’ Haji Azmir Buktikan Asal Usul Bukan Penghalang Untuk Berjaya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Dilahirkan sebagai seorang anak peneroka, Dato’ Haji Azmir Jaafar buktikan kepayahan hidup bukan penghalang untuk berjaya dalam kehidupan. Beliau kini adalah pemilik tempatan McDonald’s Malaysia sejak diambil alih pada tahun 2017, menjadikan restoran kegemaran ramai itu syarikat 100% milik orang Islam.

    Namun, mendaki ke puncak jaya ini bukan perkara yang mudah. Banyak keringat dan pengorbanan yang dilalui oleh Dato’ Haji Azmir sebelum menjadi Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

    Namun setiap peristiwa hidupnya dijadikan azimat kehidupan yang membentuk keperibadian, sekali gus membangunkan McDonald’s Malaysia sebagai satu restoran yang diminati ramai.

    Felda Pasir Besar, Negeri Sembilan, adalah tanah kelahiran dan tempat di mana kepayahan hidup dilalui olehnya sejak kecil.

    Pemilik tempatan McDonald’s Malaysia itu berkata dia tidak dilahirkan dalam keluarga yang senang. Namun, kesusahan keluarganya tidak mematahkan semangat Dato’ Haji Azmir untuk mengejar impian dan mengubah nasib keluarga.

    Mengenang kehidupan yang dilalui, Dato’ Haji Azmir menceritakan tentang kesungguhannya ayahnya membanting tulang untuk memastikan anak-anaknya mendapatkan pendidikan yang terbaik.

    Walaupun bekerja sebagai peneroka Felda, namun ayahnya, Encik Jaafar Ahmad, sentiasa menekankan soal pendidikan supaya anak-anak beliau boleh mendapatkan pekerjaan yang baik apabila dewasa nanti.

    Ternyata pengorbanan Encik Jaafar Ahmad membuahkan hasil kerana semua anak- anaknya berjaya dalam kerjaya dan kehidupan, termasuk Dato’ Haji Azmir.

    “Kalau bukan disebabkan ayah saya yang sangat tegas apabila cakap bab belajar, saya tidak akan sampai ke tahap ini. Berkat pengorbanan beliau yang menjadikan saya berjaya pada hari ini.”

    Dato’ Haji Azmir juga telah berjaya mengubah restoran McDonald’s kepada tempat pembangunan kerjaya yang meyakinkan. McDonald’s Malaysia menawarkan pekerjanya peluang belajar mendapatkan sijil kemahiran, diploma kemahiran, diploma lanjutan sehingga ke peringkat master’s degree.

    ALSO READ:  Siti Jamumall Berang Kes Tertukar Anak Didakwa Hanya Konten – ‘Saya Bersumpah Tak Akan Maafkan Sesiapa Yang Fitnah’

    Dengan pendidikan ini, pekerjanya bukan sahaja boleh meningkatkan kemahiran dan menceburi industri makanan, tetapi juga memberi peluang untuk menjawat jawatan dalam pengurusan syarikat.

    Dari pengurus pelatih di restoran ke pengarah urusan

    Selepas tamat pengajian di Eropah, Dato’ Haji Azmir memulakan kerjaya pertama sebagai Pengurus Pelatih di sebuah restoran McDonald’s Malaysia pada 1993.

    Selama 13 tahun beliau telah menunjukkan satu prestasi kerjaya yang cemerlang, diberikan peluang untuk menjawat beberapa posisi sehingga pada tahun 2006, beliau diberikan kepercayaan menjadi Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia.

    Dato’ Haji Azmir kemudian dilantik sebagai Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pembangunan McDonald’s, mengembangkan pasaran ke China dan Timur Tengah, di mana beliau membuka lebih 1,100 restoran di China dalam lima tahun dan menerajui 17 pasaran di Timur Tengah bersama pemilik tempatan di sana.

    Beliau kemudian pulang ke Malaysia dan kembali memimpin syarikat itu sebagai Pengarah Urusan. Pengalaman antarabangsa yang diperolehinya digunakan untuk memajukan McDonald’s Malaysia, mengembangkan lebih 370 restoran di seluruh negara.

    Di bawah kepemimpinannya, McDonald’s Malaysia memperkenalkan pelbagai inovasi baharu dalam operasi restoran, sehingga nama ‘Mekdi’ menjadi popular di kalangan rakyat Malaysia.

    Sentiasa memastikan kebajikan pekerjanya terjaga

    Apabila pekerjanya ditimpa musibah, Dato’ Haji Azmir memastikan mereka mendapat bantuan yang mencukupi. Baru-baru ini, semasa menunaikan haji, beliau mendoakan kecekalan pekerjanya dan kelangsungan perniagaan McDonald’s Malaysia yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat.

    Mungkin ramai yang tidak tahu yang McDonald’s Malaysia hanya menawarkan pekerjaan kepada rakyat Malaysia, di mana 100% pekerja mereka adalah orang Malaysia dan 90% daripadanya adalah orang Islam.

    Prinsip moral Dato’ Haji Azmir diterapkan dalam kepemimpinannya di McDonald’s Malaysia. Sebagai syarikat milik tempatan, beliau memastikan restoran ini bukan sahaja menyajikan hidangan istimewa tetapi juga berbakti kepada komuniti. Dato’ Haji Azmir menekankan kepentingan menjadi jiran prihatin di setiap lokasi operasi mereka.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Sekiranya Saya Sudah Tiada Lagi, Saya Mahu Orang Kenal Saya Sebagai Muslim Yang Baik & Taat Pada Perintah Allah’

    Selain daripada diberikan peluang melanjutkan pelajaran, pertumbuhan restoran-restoran McDonald’s di Malaysia juga adalah harapan Dato’ Haji Azmir untuk sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat tempatan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts