Gambar: Portal Kompas
hanya semata tidak suka dengan makanan yang dibeli lelaki tersebut.
Bunuh ayah kandung
Memetik laporan portal Indonesia, kejadian tersebut berlaku di Ponorogo, Jawa Timur pada Sabtu lalu.
Difahamkan, suspek yang kenali sebagai Rido melakukan perbuatan tersebut kerana tidak berpuas hati selepas makanan dibeli mangsa yang bernama Bonamin tidak memenuhi seleranya.
Menurut Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ponorogo, AKP Rudi Hidayanto, pihaknya telah menemui mangsa dalam keadaan tidak bernyawa sewaktu ke tempat kejadian.
Mangsa (ayah suspek) sudah membeli makanan yang siap dibungkus kepadanya, namun apabila dibuka suspek tidak mahu menerima makanan tersebut.
Suspek kemudian menjadi emosi dan melakukan pembunuhan itu.
Ketika tiba di tempat kejadian, kami menjumpai mangsa dalam keadaan yang tidak bernyawa.
Mayat Bonamin yang berusia 67 tahun kemudiannya dibawa ke hospital bagi tujuan bedah siasat dan Rido kini berada dalam tahanan polis bersama beberapa bahan bukti.