Penyampai radio, Anas Tahir meluahkan rasa bengang apabila terdapat segelintir netizen yang menuduhnya menumpang populariti abangnya, penyanyi Faizal Tahir.
Pernah mengaku anak tunggal
Menerusi perkongsian di TikTok, Anas berkata dia pernah mengakui dirinya anak tunggal kerana tidak mahu menjawab sebarang persoalan mengenai abangnya.
Dulu masa saya mengaku anak tunggal bukan apa, sebab kadang-kadang bila saya mengaku saya adik Faizal Tahir, orang tanya saya soalan-soalan yang saya tak suka dengar.
Contoh ‘Faizal dah bercerai’. Itu abang saya itu, saya tak suka orang tanya soalan itu. Ataupun masa Faizal menang apa-apa kan, ‘Faizal duit yang dia menang itu buat apa?’.
Kau nak sibuk buat apa, aku sendiri tak pernah tanya duit dia nak buat apa.
Terhibur baca Wikipedia
Menerusi hantaran sama, Anas berkongsi bahawa dia dan Faizal hanya mempunyai tujuh adik-beradik termasuk mereka.
Tuturnya lagi, dia juga terhibur apabila membaca nama adik-beradik mereka di Wikipedia.
Aah, aku anak tunggal, aku tak ada abang, aku tak ada adik. Aku tak ada abang nama Faizal Tahir. Oh dulu kalau masa aku cakap macam ini, aku cakap aku anak tunggal, orang kata aku lupa diri.
Bila aku dah mengaku aku adik Faizal Tahir, orang kata aku menumpang nama abang aku pula. Tengok juga komen-komen dekat video itu. Baca komen, ada yang tanya ‘dia ni adik Faizal Tahir ke?’.
Menumpang abang la. Okay saya beritahu, saya ada taip dekat Wikipedia nama Faizal Tahir, lepas itu keluar nama adik-beradik Faizal Tahir, saya sendiri tergelak baca. Sebab tak ada dalam sejarah kami ada adik-beradik nama Fad, Aini Badriah, Fazira Tahir.