Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Andai Aliff Aliz, Ruhainies Bertemu Jodoh, Kita Aminkan…” – Ibu Aliff Aziz...

    “Andai Aliff Aliz, Ruhainies Bertemu Jodoh, Kita Aminkan…” – Ibu Aliff Aziz Tenang Jawab Spekulasi Netizen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Terbaru satu hantaran di Instagram milik ibu kepada Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil sekali lagi jadi bualan dan perhatian oleh warga net.

    Siti Hafiza tampil memberikan respon susulan timbul dakwaan dirinya mahu mengahwinkan Aliff dan Ruhainies di Thailand.

    Tidak Membuat Sebarang Spekulasi

    Siti Hafiza memohon agar mana-mana pihak tidak terus membuat spekulasi atau menyebarkan fitnah terhadap keluarganya.

    Past few days, panas sangat handphone I, sampai meletup-letup. Terbaharu, masya-Allah. Berita tentang kita nak kahwinkan anak di selatan Thailand ya, kita pun tertanya juga siapa yang temu bual saya eh?

    Cukup-cukuplah, kita maafkan semua yang berjuang keluarkan cerita-cerita yang macam ini. Tergelak kita.

    Dalam video yang dimuat naik itu, ibu Aliff Aziz turut tampil bersuara susulan dakwaan ingin mengahwinkan anak lelakinya dengan Ruhainies.

    Tidak Menolak Seandainya Jodoh

    via Fiza Aziz

    Kali ini, Siti Hafiza yang merakamkan video bersama suaminya tidak menolak seandainya Aliff dan Ruhainies berjodohan.

    Ada yang cakap kita nak kahwinkan anak di selatan Thailand.

    Apa-apa pun jika itu yang terbaik, kita aminkan. Ramai yang mendoakan ni, Masya-Allah.

    Malah ibunya turut menyatakan jika itu yang terbaik, dia juga turut mengaminkan sahaja

    Bukankah jodoh, pertemuan, ajal, maut, perkahwinan dan penceraian itu semua Allah yang tentukan? Bersabar, okey!

    Sekadar rekod, pada 13 Jun lalu, Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bercerai talak satu. Aliff turut menyerahkan hak jagaan anak-anak kepada bekas isterinya dan Bella tidak menuntut mutaah serta harta sepencarian.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts