Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Andai Jodoh Tak Panjang, Bagi Saya Peluang Beraya Dengan Anak-Anak’ – Datuk...

    ‘Andai Jodoh Tak Panjang, Bagi Saya Peluang Beraya Dengan Anak-Anak’ – Datuk Red

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Usahawan Datuk Red meluahkan hasratnya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bersama anak-anak.

    Datuk Red nak beraya dengan anak-anak

    Menerusi siaran langsung di TikTok, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu berharap agar dia diberi peluang untuk beraya bersama isteri dan anak-anak sebagai sebuah keluarga.

    Bagi lah saya peluang untuk saya beraya bersama anak-anak. Andailah kata kalau jodoh kami tak panjang, bagilah saya peluang untuk raya dengan anak-anak untuk kali terakhir sebagai seorang suami.

    Jangan tunjuk dekat anak-anak. Anggap tiada apa yang berlaku. Kalau tengok pada atas kertas, mungkin tahun ini tahun terakhir saya beraya sebagai suami.

    Dalam pada itu, Datuk Red memberitahu sengaja melewatkan kes perceraian dengan kedua-dua isterinya dengan harapan mereka berubah fikiran.

    Dia juga akui meskipun dia cuba pertahankan tetapi perkara seperti ini tidak boleh dipaksa sebaliknya ianya memerlukan usaha kedua-dua belah pihak.

    Kadang-kadang kita nak pertahankan tapi sebelah pihak tak nak… nak buat macam mana. Benda macam ni tak boleh paksa. Saya melambat-lambatkan kes, saya cuba ambil masa.

    Kalau diorang dua (isteri) tak tarik, macam dengan Adira ni tarikh paling hampir. Hujung bulan 4 dah masuk hakam, bila dah masuk hakam memang saya tiada upaya. Saya tak boleh buat apa. Dengan Datin Red tarikh lambat sikit.

    Terdahulu, Datuk Red mendedahkan dirinya diisytiharkan muflis dan menanggung hutang sebanyak RM5 juta sehingga dia terpaksa menumpang belas ihsan dua isterinya.

    Tidak lama selepas pendedahan itu dibuat, dipercayai suami kepada penyanyi Adira Suhaimi itu menerima beberapa tawaran menjadi model jenama pakaian dan membuat review untuk beberapa jenama.

    ALSO READ:  Program Realiti Nyanyian TV3 Kembali Lagi! Nak Jadi Penyanyi? Jom Sertai Uji Bakat Sekarang

    Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

    Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertama Sharifah Norshafila Hashim.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts