Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, October 4, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Andai’ Taruhan Pertama Tunku Ines

    ‘Andai’ Taruhan Pertama Tunku Ines

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Mempunyai bakat seni dan meminati bidang tersebut  ejak kecil menjadi pendorong utama buat pendatang baharu, Yang Mulia Tunku Ines Najihah Raden, 20, atau nama pentasnya, Ines menceburi bidang nyanyian secara professional. 

    Andai

     

    Sebagai permulaan, Ines telah merakamkan sebuah single berjudul Andai yang dicipta oleh komposer terkenal, Edry Abdul Halim sekitar Mac lalu. Lagu bergenre pop itu menjadi taruhan pertama Ines untuk meletakkan namanya sebaris dengan penyanyi masa kini.

    Puteri kesayangan Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Dato’ Seri Nadzaruddin Ibni Tuanku Ja’afar dan Yang Mulia Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida Raden ini juga teruja dengan penerimaan ramai untuk lagu Andai buat julung kalinya.

    Jujurnya saya amat gentar dengan penerimaan semua orang selepas mendengar single pertama saya, Andai. Sama ada suka atau tidak, tapi saya tetap positif dalam hal ini.

    Lagu Andai dirakamkan di Studio Scifi, Damansara Perdana, Selangor dengan durasi selama 3:36 minit. Sebelum itu, Ines mengikuti latihan vokal secara intensif bersama Cikgu Siti Hajar Ismail selama beberapa bulan. Sementara itu, Archie Nasution bertindak sebagai juruvokal sewaktu proses rakaman lagu Andai berlangsung.

    Andai turut menampilkan Qaseh, sebagai featuring dalam lagu ini. Ines merupakan artis pertama di bawah naungan syarikat Raden Venture Plt. sementara edaran lagu oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. (Rocketfuel).

    Berhubung pemilihan lagu Edry untuk memperkenalkan dirinya dalam industri hiburan, pelajar tahun akhir jurusan Komputer Sains di Universiti Nottingham ini memberitahu dia amat mengagumi karya-karya hasil ciptaan figura itu.

    Minat lagu KRU

    Meminati lagu-lagu popular dendangan KRU termasuklah Tiga Kata, Ines juga merasakan pemilihan Edry sebagai komposer pertama lagunya itu amat tepat kerana lelaki tersebut mempunyai kepakaran dan pengetahuan luas khusus dalam bidang muzik.

    Saya memberitahu Edry yang saya mahukan dance track untuk lagu single pertama kerana saya suka menari. Edry mencadangkan tiga lagu ciptaannya tidak lama kemudian, antaranya Andai.

    Bila mendengar Andai buat kali pertama, saya terus terpikat. Lagu ini ada kriteria yang saya inginkan. Selain menyanyi dalam persembahan, saya juga akan menari dalam video muzik nanti.

    Proses perbincangan antara pihak Ines dan Edry dilakukan dalam alam maya kerana sewaktu itu Edry menetap bersama keluarganya di United Kingdom (UK).

    ALSO READ:  Merasai Pengalaman Fasa Keruntuhan Rumah Tangga Bersama Isteri Saya - Zahirah Macwilson

    Andai boleh didengari di semua digital platform (Joox, Spotify, iTunes, Apple Music, Deezer) di bawah saluran Rocketfuel dan Telco (Celcom, Digi, Umobile dan Maxis) dan saluran radio tidak lama lagi.

    Lagu Andai bakal dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis yang dianjurkan tidak lama lagi.  Begitu juga dengan video klip rasmi yang akan menyusul kemudian.

    Selain Andai, Ines juga mempunyai dua lagu single yang lain ciptaan Omar K. Kedua-dua lagu ini sudah dirakamkan dan dijangka akan dilancarkan satu persatu selepas pelancaran lagu Andai nanti.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts