Pempengaruh media sosial, Andika Putera kongsi pengalaman menjadi anak murid kepada Tuan Guru Syeikh Muhammad Zainul Asri sepanjang empat tahun.
‘Allah sayang Dika’
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Andika menceritakan pesanan yang diterima dari penasihat utama Madrasah Darul Hadis tersebut.
Ujarnya, pesanan yang diberikan itu amat memberi kesan kepada dirinya.
Ujian dekat Dika ini teruk, sebab Allah sayang Dika. Itu yang Dika mintak kan, sikit-sikit nak jadi Ahli Allah.
Ujian ini kita anggap macam anjing je Dika. Kalau anjing menyalak, nak serang kita, ada Dika nak lawan balik?
Kita lebih baik cari “tuan” anjing itu, cakap dengan tuan anjing tu supaya settle elok-elok.
Sama lah macam hidup kita ini, ujian yang berlaku pada Dika, jangan melawan, pedulikan sahaja.
Yang penting Dika cari tuan Dika. Siapa? Allah, itu yang Dika kena cari. InshaAllah settle baik punya.
Pempengaruh berusia 27 tahun itu turut mendorong orang ramai mencari guru yang dapat membimbing ke jalan Allah.
Untuk kaya, untuk kurus itu semuanya dengan izin Allah. Tapi ramai yang tidak mencari guru murshid yang boleh bimbing semangat kita.
Marilah bersama kita mencari guru yang membimbing rohani kita.