Sebelum ini, pempengaruh media sosial, Andika Putera tampil membuat permohonan maaf sekiranya kontroversi yang berlaku mengenai dirinya dan bekas isteri telah menimbulkan perspektif negatif orang ramai.
Hilang kira-kira 5,000 pengikut
Terbaru, menerusi pemerhatian pihak jumlah pengikut Andika di Instagram dilihat semakin berkurang selepas dirinya mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung isu curang yang tercetus.
Andika yang sebelum ini memiliki 444,000 pengikut dilihat sudah hilang kira-kira 5000 pengikut. Sehingga artikel ini ditulis, pengikut bapa kepada seorang cahaya mata ini mempunyai 439,000 followers sahaja.
Terdahulu, Natasha memuat naik beberapa tangkap layar sebagai bukti bahawa bekas suaminya itu bermain kayu tiga bersama staf dan juga rakannya.