Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAndika Putera & Natasha Hadir Ke Mahkamah – ‘Hari Ini Selesailah Urusan...

    Andika Putera & Natasha Hadir Ke Mahkamah – ‘Hari Ini Selesailah Urusan Kami’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    andika mahkamahandika mahkamah

    Pempengaruh Andika Putera memaklumkan dia dan Ananda Natasha telah menyelesaikan urusan yang difahamkan membabitkan rumah tangga mereka di mahkamah, hari ini.

    Beri kerjasama

    andika mahkamahandika mahkamah

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Andika bersama Natasha berada di perkarangan mahkamah syariah lalu merakam foto bersama.

    Dalam masa yang sama, Andika turut memuji bekas isterinya yang memberi kerjasama kerana mempermudahkan urusan mereka.

    Hari ini, selesailah segala urusan kami di mahkahmah.

    Alhamdulillah Tasha seorang yang memberi kerjasama hebat dalam urusan ini.

    Pemilik nama penuh Muhamad Andika Putera Salleh itu juga memohon agar pengikutnya mendoakan kesejahteraan mereka.

    Doakan kami, doakan segala kebaikan untuk Alisha Puteri.

    Dalam pada itu, tinjauan mendapati Natasha turut memuat naik hantaran yang sama di Instagram (IG) miliknya.

    Alhamdulillah selesai dah semua urusan, terima kasih Andika dah jadi suami terbaik selama empat tahun lepas.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat kepada Andika dan Natasha agar mereka tabah menjalani ujian perpisahan.

    Selain itu, mereka juga mendoakan serta berharap agar hati Andika dan Natasha dapat bertaut kembali.

    Sesungguhnya perceraian itu sangat menyakitkan tapi kalau itu yang terbaik berdamailah dengan takdir. Semoga baik-baik sahaja buat Dika dan Tasha. Amin.

    Sedihnya semoga dipermudahkan segala urusan korang berdua. Insya-Allah, ada jodoh berjumpa kembali dalam versi yang terbaik. Ujian yang hebat untuk orang yang hebat.

    Semoga dipermudahkan segala urusan. Berpisah tapi masih berbaik, sama-sama jaga air muka, tanpa perlu orang tahu.

    Terdahulu, meskipun Andika dan Natasha tidak menyatakan secara terperinci tentang status perhubungan mereka namun rata-rata warganet mendakwa pasangan itu telah berpisah selepas mereka jarang dilihat bersama.

    ALSO READ:  Instafamous Buat ‘Live’ Gantung Diri

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts