Pelakon aksi Andy Teh meluahkan rasa gembira apabila diberi peluang untuk beraksi dalam sebuah filem Hong Kong.
Tak dapat pegang watak utama
Menerusi temu bual bersama , Andy berkata, impiannya untuk memegang watak utama dalam filem berjudul ‘Fearless The Hidden Kingdom’ itu tidak kesampaian berikutan tidak mahir bertutur dalam dialek Kantonis.
Tambah pelakon filem prekuel Mat Kilau ini, dia masih berasa gembira dan bersyukur apabila pihak produksi luar nampak bakatnya.
Kalau diikutkan ada rasa kecewa sedikit sebab tak dapat pegang watak utama antagonis dalam filem itu apatah lagi, ini pertama kali saya berlakon dengan produksi luar negara.
Saya dapat tahu pengarah tukar peranan yang lebih kecil dan saya terpaksa terima. Sekarang jadi macam watak kedua antagonis. Faktor utama saya tak dapat watak utama adalah sebab saya tak mampu bertutur dialek Kantonis dengan baik.
Menurut Andy, dia boleh bertutur dialek Kantonis tetapi tidak boleh menulis atau membaca dialek tersebut dengan baik.
Meskipun saya seorang yang berbangsa Cina, saya memang tak pandai tulis dan baca dialek Kantonis. Lagipun saya sekolah rendah kebangsaan semasa kecil.
Perlu Google Translate & minta bantuan kawan
Berbicara lebih lanjut, Andy turut mengakui bahawa proses mendalami watak sangat mencabar buat dirinya. Ini kerana, dia perlu menggunakan bantuan Google Translate untuk memahami kehendak skrip. Bukan itu sahaja, Andy perlu meminta bantuan daripada beberapa orang kenalan rapatnya.
Bila dapat skrip memang susah sebab kena Google Translate terlebih dahulu untuk fahamkan kehendak skrip. Sangat mencabar dan agak tertekan juga tapi syukur projek ini sudah hendak selesai tidak lama lagi.
Andy yang ditemui ketika Majlis Perasmian Elitez Mixes Martial Arts di Mont Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini turut berkongsi mengenai perkembangan kariernya sebagai seorang usahawan.
Jelas Andy, Elitez Mixes Martial Arts di Mont Kiara itu merupakan cawangan ketiga gimnasium seni mempertahankan diri yang diusahakan olehnya.
Lebih teruja, aktor Hun Haqeem merupakan rakan kongsi saya bagi cawagan yang ketiga ini.