Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAngel Dolla Berkawan Dengan Amir Ahnaf Sejak Setahun Lalu – ‘Dia Tanya...

    Angel Dolla Berkawan Dengan Amir Ahnaf Sejak Setahun Lalu – ‘Dia Tanya Boleh Ke Nak Datang Konsert?’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Anggota kumpulan Dolla, Angel didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan aktor Amir Ahnaf gara-gara kehadirannya ke konsert Dolla Re:Birth The Experience pada Sabtu lalu.

    Artikel berkaitan: FOTO: Dolla Lincah, Pukau Ribuan Peminat Di Konsert Sulung

    Artikel berkaitan: Syasya Rizal Dedah Angel Dolla Orang Pertama Tahu Hubungan Dengan Nasrullah – ‘Mula-Mula Saya Cakap Kawan Je’

    Hanya sekadar berkawan

    Bagaimanapun, Angel tampil menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu mereka hanya sekadar berkawan baik.

    Menurutnya, kehadiran Amir ke konsert pada malam itu sekadar memenuhi jemputan sebagai kawan dalam industri.

    Amir adalah kawan saya. Dia tanya saya, boleh ke kalau datang ke konsert Dolla? Sudah tentu kami akan mengajak kawan dan berharap dia menikmati persembahan kami.

    Jadi saya jemput Amir secara peribadi dengan seorang lagi pelakon Haziq Dean untuk menyaksikan konsert Dolla. Pada malam itu, mereka datang berdua.

    Selain Amir, kami juga ada menjemput ahli keluarga dan kawan-kawan untuk menikmati konsert ini.

    Angel berkata demikian semasa ditemui pada sesi temu ramah mesra usai konsert Dolla Re:Birth The Experience Gathering di Universal Music, Petaling Jaya, pada Selasa.

    Perkenalan dengan Amir

    Dalam pada itu, Angel menjelaskan perkenalan dengan Amir bermula selepas kerjasama mereka untuk menjayakan sebuah projek.

    Saya mula mengenalinya ketika kami sama-sama merakamkan video TikTok untuk mempromosikan sebuah karnival jualan Hari Raya tahun lalu.

    Sejak itu, kami mula berkawan dan dalam masa sama, saya juga berkawan dengan pelakon-pelakon drama Projek High Council yang turut sama menjayakan penggambaran itu.

    Terdahulu, kehadiran Amir ke konsert sulung Dolla mengundang tanda tanya dan spekulasi netizen mengenai hubungannya dengan Angel.

    ALSO READ:  Eman Manan Tidak Letak Had Umur, Berhasrat Mahu Berlakon Sampai Hujung Nyawa – ‘Karya Ini Tidak Melanggar Pantang Larang’

    Difahamkan pada malam konsert tersebut, Amir terus bergegas ke konsert Dolla selepas selesai terlibat dalam pertunjukan fesyen di ibu kota.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts