Anggota kumpulan Dolla iaitu Angel akui terharu apabila peminat tidak putus memberi sokongan tatkala namanya terpalit dalam isu membabitkan aktor Amir Ahnaf, baru-baru ini.
Peminat sentiasa bersama
Enggan terbabit dalam sebarang kontroversi, Angel berkata, dia amat menghargai usaha peminat yang sentiasa menitipkan kata-kata semangat untuknya.
Malah, fokusnya dari dahulu masih sama iaitu mahu berikan yang terbaik dalam kerjaya dan ingin membawa nama Dolla ke peringkat antarabangsa.
Saya sangat terharu apabila peminat mempertahankan saya ketika nama terpalit, saya menghargai mereka (peminat) yang tidak putus memberi sokongan.
Saya dan anggota Dolla yang lain hanya mahu fokus dengan kerjaya dan kalau boleh tidak mahu terpalit dengan apa-apa kontroversi.
Mahu terus berikan yang terbaik dalam kerjaya dan menghiburkan peminat. Dolla ada satu hala tuju untuk membawa kumpulan kami ke peringkat antarabangsa.
Angel berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular ( ABP) ke-36, yang berlangsung di ibu kota, pada Rabu.
Dalam pada itu, Angel sekali menegaskan dia dan Amir hanya sekadar rakan industri.
Seperti apa yang saya katakan sebelum ini, memang benar saya dan Amir sekadar kawan sahaja. Kami juga tidak pernah keluar bersama. Kawan industri sahaja.
Sebagai rakan dalam industri, saya akan menyokong dia dalam kerjayanya. Itu sahaja.
Sementara itu, seorang lagi ahli Dolla, Sabronzo berkata, mereka akan saling memberikan sokongan antara satu sama lain dalam apa jua situasi.
Kami akan terus menyokong antara satu sama lain dalam apa jua keadaan. Akan saling memberi motivasi antara satu sama lain supaya tidak hilang fokus dengan kerja.
Terdahulu, kecoh di media sosial selepas tular foto mesra Amir Ahnaf dengan seorang wanita beserta beberapa mesej perbualan mereka.
Susulan itu, netizen telah mengaitkan nama Angel apabila didakwa sedang berkawan rapat dengan aktor tersebut.