Pasangan pelakon, Sabri Yunus dan Angeline Tan antara selebriti yang sering menyorot perhatian ramai selepas mereka mendirikan rumah tangga.
Perasaan tenang
Menerusi temu bual bersama Majalah Wanita, Angeline atau nama nama penuhnya Ardini Angeline Tan berkata hidupnya kini sempurna dengan kehadiran suami yang sentiasa ada di sisi.
Sekarang ada pasangan jadi ada seseorang yang jujur dan ikhlas untuk saya kongsi apa sahaja suka atau duka. Itulah yang membuatkan saya lebih tenang.
Saya rasa lebih lengkap dan kehidupan saya lebih stabil serta sempurna sekarang.
Dalam masa yang sama, Angeline juga mengucapkan rasa syukur kerana dikurniakan suami seperti Sabri yang sentiasa mencurahkan kasih sayang dan bantuan.
Walaupun kadang kala mood saya berubah-ubah, sekurang-kurangnya ada suami yang tolong saya untuk saya balance semula. Saya rasa bersyukur.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet gembira melihat pasangan pelakon itu dan mendoakan kesejahteraan mereka.
Alhamdulillah, semoga pasangan ini kekal hingga ke jannah.
Rezeki Allah, bukan semua dapat hidup tenang ada pasangan yang boleh kongsi suka duka.
Alhamdulillah, semoga terus istiqamah. InsyaAllah Allah permudahkan urusan.
Terdahulu, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Perlis pada 14 Oktober tahun lalu.
Sekadar info, Sabri dan Angeline mula berkenalan semasa menjayakan sitcom tersebut pada tahun 1992.
Untuk rekod, Sabri pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Walau bagaimanapun, Norraya meninggal dunia pada Ogos 2007 akibat kanser.
Sementara itu, Angeline yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini pula mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.
@majalahwanita Angeline atau Ardini rasa lebih tenang dan lengkap bila ada pasangan untuk kongsi segalanya #wanita #utusantv #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #angeline
? original sound â Majalah Wanita â Majalah Wanita