Setiap penyanyi pasti mempunyai pendapat tersendiri mengenai program nyanyian. Walau bagaimanapun, segala keputusan bergantung pada individu tersebut.
Program yang merendahkan artis
Ketika ditemui , Man Bai, 57, enggan menyertai program nyanyian kerana merasakan ianya satu platform merendahkan bakat seorang artis.
Saya tak ambil tawaran program nyanyian.
Sebab saya rasa program macam itu, mereka memalukan artis.
Logik ke penyanyi yang sudah menang banyak anugerah, boleh tersingkir.
Pada para juri, jangan tunjuk bijak.
Berkongsi lebih lanjut, Man Bai merasakan program nyanyian hanya untuk menaikkan ‘rating’ televisyen.
Man Bai berkata demikian semasa menghadiri sidang media Konsert MEGAHITZ 3 Dekad 1 Vol di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Juri kena adil
Dalam pada itu, Man Bai menekankan juri sepatutnya mengadili secara adil.
Kalau penyanyi itu layak menang tempat pertama untuk setiap musim, beri saja lah. Kenapa kena bagi pada penyanyi lain?
Saya cerita perkara yang betul dalam industri.
Tambahnya lagi, sebagai seorang yang berada dalam industri harus sentiasa merendah diri.