Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAngkat Elemen Seram Komedi, Filem Pontianak 200KG Bakal Temui Penonton Di Pawagam...

    Angkat Elemen Seram Komedi, Filem Pontianak 200KG Bakal Temui Penonton Di Pawagam Mulai Esok!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Primeworks Studios dan Metrowealth dengan bangganya mempersembahkan filem terbaru, Pontianak 200KG, sebuah kesinambungan yang dinantikan daripada telefilem popular Pontianak 100KG.

    Selepas kejayaan luar biasa Pontianak 100KG dan menjadi pilihan nombor 1 di Tonton, filem ini dihasilkan untuk menghiburkan penonton dengan penceritaan yang lebih menarik dan lebih lucu, sekali gus memperlihatkan kemajuan industri perfileman tempatan melalui kerjasama yang erat antara produksi.

    Serangan pontianak

    Pontianak 200KG diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan menampilkan Aya Amiruddin sebagai teraju utama bersama Dottie. Ini merupakan filem pertama di mana Aya Amiruddin diberi peranan utama, satu tanggungjawab besar yang pastinya dinantikan oleh peminatnya.

    Filem Pontianak 200KG menampilkan barisan pelakon hebat seperti Ziana Zain, Ropie, Niezam Zaidi, Wanns Ahmad, serta pelakon-pelakon lain seperti Malia Baby dan Shaf Naufas. Filem ini juga memperkenalkan Apich Lo sebagai salah satu watak utama, serta penampilan istimewa primadona Ziana Zain, yang pasti akan menjadi tumpuan setelah lama tidak beraksi di layar perak. 

    @official

    Fuhhh meriah malam ni untuk tayangan perdana Pontianak 200KG! Min pun tak sabar nak layan ni ? Pontianak 200KG bakal menyerang pawagam bermula 5 September ini! ? # #Pontianak200KG #FilemKomediPalingBeratAbadIni

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    Filem ini mengisahkan tentang Kampung Terbalik menjadi mangsa serangan Pontianak Melati dan Pontianak Mewangi yang mencari makanan kerana sentiasa kelaparan.

    Keadaan menjadi lebih huru-hara apabila penduduk kampung menyangka mereka adalah pontianak yang menghisap darah hingga menyebabkan ramai penduduk kampung koma!

    Kemunculan Bilal, lelaki ala Korea telah membuatkan Pontianak Melati dan Pontianak Mewangi jatuh cinta dan mula bersaing untuk menarik perhatian Bilal. Namun keadaan masih belum reda dan penduduk kampung masih menjadi mangsa serangan pontianak. Pak Akad, selaku ketua kampung menjadi semakin buntu untuk menghentikan jumlah penduduk yang semakin ramai koma. 

    ALSO READ:  ‘Dia Nak Farah’ – Rakan Universiti Nafi Penjawat Awam Adalah Teman Lelaki Nur Farah Kartini

    Proses penggambaran filem Pontianak 200KG telah dijalankan dengan teliti, dengan kebanyakan lokasi penggambaran bertempat di Ijok. Lokasi ini dipilih untuk memberikan latar yang tepat, sesuai dengan elemen seram komedi yang dihidupkan dalam filem ini. 

    Elemen seram komedi

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, Nini Yusof, Pontianak 200KG merupakan hasil kerjasama menyeluruh antara Primeworks Studios dan Metrowealth.

    Filem ini bertujuan untuk memperkayakan lagi genre dalam industri perfileman Malaysia. Dengan membawa elemen seram komedi yang segar, kami bukan sahaja menawarkan pengalaman baharu yang menghiburkan kepada penonton, tetapi juga membuka peluang bagi bakat-bakat baru untuk menyerlah dan berkembang dalam industri ini.

    Kami yakin bahawa usaha ini akan terus memacu perkembangan landskap perfileman tempatan.

    Ujar David Teo pula, filem ini adalah bukti komitmen mereka untuk terus menyajikan kandungan berkualiti tinggi yang sesuai untuk seisi keluarga.

    Kami berharap Pontianak 200KG akan mendapat sambutan hangat , seterusnya mengukuhkan lagi kedudukan filem komedi seram dalam industri perfileman tempatan.

    Jelas Shuhaimi Lua, pula, filem Pontianak 200KG merupakan permulaan baginya.

    Alhamdulillah, filem Pontianak 200KGmerupakan permulaan bagi saya dan saya bersyukur telah diberikan kepercayaan oleh Primeworks Studios serta Metrowealth kerana meletakkan serta memilih saya sebagai pengarah bagi filem ini.

    Mengarah sesebuah filem merupakan salah satu impian saya dan saya berterima kasih kerana telah diberikan peluang itu. Filem Pontianak 200KG merupakan sebuah filem penanda aras buat saya untuk terus mengarah filem yang memberi hiburan dan manfaat kepada orang ramai.

    Video trailer


    Sekadar info, Pontianak 200KG membawa kisah yang unik di mana Pontianak yang “comel” menjadi watak utama. Berbeza dengan stereotaip biasa, Pontianak dalam filem ini hanya lapar dan suka mengusik orang kampung dengan mencuri makanan mereka, menjadikan watak ini lebih mesra dan menghiburkan.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Ketika Tengok Drama Itu, Bapa Saya Tak Boleh Terima Saya Jadi Pelakon’ – Jalaluddin Hassan

    Dengan tagline ‘filem komedi paling berat abad ini’ yang akan akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei mulai 5 September 2024.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts