Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Angkat Kisah Golongan Mualaf Di Malaysia’ – Daqmie, Perkim Datuk Keramat Lancar...

    ‘Angkat Kisah Golongan Mualaf Di Malaysia’ – Daqmie, Perkim Datuk Keramat Lancar Single Raya ‘Yang Mulia’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    dakmiedakmie

    Penyanyi dan komposer Daqmie telah melancarkan single raya dan muzik video bertajuk ‘Yang Mulia’, semalam.

    Kisah mualaf

    dakmiedakmie

    Menurut Daqmie, ia merupakan kerjasama di antaranya dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Datuk Keramat.

    Menurut penulis lirik dan pengerusi Perkim, Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, lagu tersebut mengisahkan hubungan masyarakat dengan golongan mualaf di negara ini.

    Lagu itu dinyanyikan oleh Daqmie dan juga Kumpulan Mestika yang mengisahkan
    hubungan antara masyarakat dengan golongan mualaf.

    Ia sebagai salah satu usaha dakwah kami agar masyarakat turut sama terlibat dengan usaha
    yang kami gerakkan ini sekaligus membantu mereka yang memerlukan.

    Tambah Suhaimi, idea penghasilan single ini tercetus hasil perbincangan dengan Daqmie yang juga merupakan komposer bagi lagu tersebut.

    Selaku Duta Mualaf Perkim Datuk Keramat, Daqmie pernah melontarkan idea agar usaha dakwah Perkim tidak terlaku terikat dengan kaedah lama namun harus dipelbagaikan agar sesuai dengan
    zaman.

    Bermula dari situ maka terlahirlah lagu ini yang turut diterapkan dengan melodi kontemporari bagi menarik minat masyarakat khususnya generasi muda.

    Kami mengharapkan dengan kepakaran dan popilariti Daqmie dan kumpulan Mestica dapat menarik minat lebih ramai anak muda dengan kerja dakwah yang aktif di platform digital dan media sosial.

    Terdahulu Perkim Datuk Keramat meraikan golongan mualaf dengan mengadakan Majlis Berbuka
    Puasa sekaligus melancarkan single raya tersebut.

    Sementara itu Daqmie ketika mengulas berkata cabaran utama ketika penghasilan lagu ini ialah kekangan masa sambil berharap single raya ini dapat diterima masyarakat.

    Antara cabaran ketika menghasilkan lagu ini ialah masa yang diberi agak suntuk. Ketika Ustaz (Suhaimi) maklumkan Perkim mahu terbit lagu raya pada mulanya saya agak terkejut.

    Namun setelah berbincang dengan rakan-rakan kami akhirnya bersetuju menerima cabaran ini, alhamdulliah kerjasama yang diberikan semua pihak akhirnya single ini berjaya direalisasikan.

    Semoga lagu ini dapat diterima semua pihak sekaligus memeriahkan sambutan Aidilfitri pada
    tahun ini.

    ALSO READ:  [VIDEO] AirAsia MOVE Melancarkan ASEAN Explorer Pass Dengan Harga Promosi RM999

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts