Berpunca daripada salah faham, penyanyi dan pelakon, Ani Mayuni memberitahu hubungannya dengan seorang penyanyi dangdut sudah kembali berbaik.
Sudah berbaik
Sudah berjumpa dan saling bermaafan, Ani atau nama sebenar Aishah An-Nur Osman, 48, menganggap sengketa yang berlaku hanyalah salah faham antara adik-beradik.
Malah, Ani tidak menyimpan sebarang rasa dendam atau marah terhadap penyanyi tersebut.
Kami bukan gaduh, cuma ada salah faham. Biasalah macam adik-beradik, kadang kala terasa hati sikit.
Mungkin silapnya terlalu dengar cakap orang padahal boleh sahaja kami bersembang secara bersemuka.
Walaupun awalnya sedikit tegang, tetapi alhamdulillah selepas masing-masing berjumpa, kami sudah saling bermaafan.
Selepas dapat semua penjelasan, saya tidak langsung simpan apa-apa perasaan dendam atau marah.
Ani berkata demikian ketika ditemui di majlis ‘review’ ramadan buffet Selera Bonda yang berlangsung di St.Giles Boulevard, Kuala Lumpur pada Rabu.
Sedih bila gaduh
Enggan mengenang lagi kejadian tersebut, Ani bagaimanapun mengakui rasa sedih ketika hubungan mereka dingin.
Kami berjumpa dan meluahkan segalanya. Jujur saya kata, sangat sedih kalau bergaduh dengan kawan-kawan yang sudah anggap macam adik-beradik.
Saya juga sudah melupakan perkara itu dan tak mahu ingat lagi. Hubungan kami baik, saya tegur dan mesej dia macam biasa.
Saya adalah jenis yang tidak suka marah atau membesarkan sesuatu isu, cuma jangan sentuh keluarga saya. Dia tahu saya ini orang yang macam mana, memang tak suka bergaduh.
Dalam perkembangan lain, Ani bakal bergandingan dengan artis versatil, Kelly Azman untuk menghiburkan tetamu yang hadir berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan di hotel tersebut.
Selera Bonda buffet dinner menawarkan harga berpatutan iaitu untuk dewasa RM118 dan kanak-kanak, RM 59.
Bagi ‘early bird’, anda akan ditawarkan harga RM85 jika membuat tempahan sebelum 4 Mac. Untuk menempah, sila hubungi 012-4008691 (Anis).