Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAnimasi “Cells At Works!”, Sel Darah Merah Dan Putih Kini Di RTM

    Animasi “Cells At Works!”, Sel Darah Merah Dan Putih Kini Di RTM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penggemar siri animasi popular, “Cells at Work” pastinya teruja apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan tayangan siri ini.

    Tayangan siri ini adalah setiap Rabu dan Khamis, pukul 11.30 malam mulai 14 November 2024 di saluran Okey dan penstriman langsung RTMKlik.

    Menceritakan Kehidupan Di Dalam Badan Manusia

    via Polygon

    Animasi ini menariknya menceritakan kehidupan yang berlaku di dalam badan manusia di mana trilion sel antropomorfik melakukan tugas masing-masing untuk menjaga badan tetap sihat.

    Ia berkongsi pengajaran kehidupan di setiap cerita, plot yang tidak dijangka, banyak aksi pertarungan, perubahan emosi, babak melucukan, ikatan persahabatan, dan lagu tema yang mudah diingat.

    Setiap episod dikongsikan tentang sel-sel dalam tubuh manusia yang memiliki kehidupan seperti manusia.

    Pendek kata, animasi yang satu ini adalah sebuah antropomorfis untuk sel darah merah (eritrosit), sel darah putih (leukosit), keping darah (trombosit), dan lain-lain.

    Lebih Fokus Kepada 2 Sel

    via Polygon

    Sebagian besar cerita memfokuskan kepada 2 sel iaitu Sel Darah Merah, dan Sel Darah Putih yang bertarung melawan semua kuman penyakit yang menyerang tubuh manusia.

    AE3803 digambarkan sebagai gadis cantik berambut pendek yang semua baju serta aksesorinya berwarna merah.

    Dia merupakan sel darah merah pemula atau junior yang tugasnya membawa oksigen, nutrisi, serta karbondioksida.

    Sebagai pemula, AE3803 sering tersesat dalam melakukan tugas pengantarannya.

    Seperti diketahui, dalam animasi ini dikisahkan tubuh manusia atau tempat mereka tinggal merupakan bandar yang sangat besar.

    Dalam kesesatan yang berulang-ulang itu, AE3803 kerap bertemu dengan virus atau patogen jahat yang akan menjangki manusia dengan penyakit.

    Mujur U-1146 selalu ada Ketika AE3803 berada dalam bahaya dan menyelamatkannya. Hinggalah muncul bibit-bibit suka antara keduanya. Lalu apakah pengakhirannya?

    ALSO READ:  Ali Puteh Bayar RM500 untuk Mencari Wanita Berani Menyebut Nama Isteri Kerana Menangis Kerana Kereta Dijual - 'Kisah Dari Johor'

    Watak Red Blood Cell menggunakan suara Kana Hanazawa, White Blood Cell (Tomoaki Maeno), Killer T Cell (Daisuke Ono), Macrophage (Kikuko Inoue), Platelet (Maria Naganawa) dan Cancer Cell (Akira Ishida).

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts