Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAnju Meminta Maaf dan Saya Setuju untuk Membantunya Kerana Masih Mempunyai Perasaan...

    Anju Meminta Maaf dan Saya Setuju untuk Membantunya Kerana Masih Mempunyai Perasaan Kepada Dia – Khazrul Elzey

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Usahawan yang dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey memberitahu hubungannya dengan pelakon Zarina Anjoulie sebagai tunang selama ini hanyalah satu kepalsuan dan sekadar gimik yang dirancang wanita itu.

    Rasa serba salah kalau bohong

    Memetik laporan Kosmo, Khazrul berkata, dia bersetuju untuk menuruti permintaan Zarina kerana mahu melonjakkan kembali nama wanita tersebut. Di samping itu, dia mengakui masih menyimpan perasaan sayang terhadap pelakon filem ‘Ular’ itu.

    Begini ceritanya, tentang pertunangan itu, semuanya hanyalah satu rancangan Anju (panggilan Zarina) untuk melonjakkan semula namanya.

    Sebenarnya selepas enam bulan kami putus tunang iaitu sekitar Ogos tahun lalu, Anju kembali memujuk saya untuk membantunya. Jadi saya bersetuju sebab masih sayangkan dia.

    Berbicara lebih lanjut, Khazrul meluahkan rasa serba salah kerana berbohong.

    Apabila saya pulang daripada mengerjakan haji dan mula mendekatkan diri dengan agama, timbul rasa berdosa dalam diri. Sebab selama ini saya telah menipu ramai orang termasuk keluarga.

    Kalau boleh hentikan awal, sebab itu saya berani untuk dedahkan perkara sebenar.

    Pada masa yang sama, Khazrul berkata dia terbuka untuk menjadikan Anju sebagai isterinya, namun terdapat halangan apabila hubungan mereka tidak mendapat restu daripada ibu wanita itu sendiri.

    Anju ada cakap bahawa dia masih sayangkan saya dan mahu kami kembali bersama. Saya okey dan terbuka untuk menerimanya. Namun yang menjadi penghalang hubungan kami, ibunya tidak boleh menerima saya disebabkan isu pergaduhan kami sebelum ini sehingga putus tunang.

    Jadi ibu dia tidak boleh maafkan saya. Hubungan kami tidak mendapat restu orang tua.

    Dakwanya lagi, dia mengambil keputusan untuk mendedahkan perkara sebenar, tanpa pengetahuan pelakon itu.

    Saya dedahkan perkara ini diluar pengetahuan Anju. Saya tidak berhubung dengannya. Saya pun tidak tahu sama ada dia marah kepada saya atau tidak.

    Lepas saya dedahkan, sudah tentu saya lega sebab sudah terlepas daripada melakukan dosa. Sebab saya bukan sahaja berbohong pada diri sendiri, tetapi juga kepada keluarga dan masyarakat. Sampai bila saya nak berbohong dan berbuat dosa? Lebih baik saya hentikan.

    ALSO READ:  ‘Tak Halal Dunia Akhirat Bagi Sesiapa Yang Mencuri Hasil Keringat Kami Tanpa Izin’ – Shahrulezad

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts